Pembaca yang dihormati

Apa khabar semua???? Sudah tentu harapan saya semoga korang sentiasa segar dan ceria. Mungkin korang perasan blog ini tiada post terbaharu beberapa hari yang lalu. Baiklah, untuk post hari ini, aku ceritakan apa yang menarik sepanjang lima hari yang lalu.

1. Aku diserang demam  

Inilah penyebab utama mengapa blog ini tiada post beberapa hari yang lalu. kerana aku diserang demam panas sejak hari Jumaat yg lalu. Demam kali ini aku rasakan agak teruk, kerana dua kali aku berulang alik ke klinik. Alhamdulillah, hari ini tubuh badan aku sihat seperti sediakala. Namun begitu, mulut aku masih belum dapat menerima nasi, masakan berminyak dan bergoreng.

2. Terima surat dari PakCik Google

Surat berkenaan Google Adsense Personal Identification Number. Pihak google suruh masukkan PIN yang diberi ke akaun adsense untuk menyenangkan urusan pembayaran. Mungkin korang juga ada terima :)

3. Nak berehat

Oleh kerana demam aku baru jer sembuh tetapi bukanlah 100%. Oleh itu aku nak sambung cuti rehat sehingga Ahad ini. Post terbaharu akan muncul pada Isnin depan. Ok, itu sahaja, kemaskini #1 daripada saya. Kemaskini ini aku terpaksa jugak tulis untuk pengetahuan korang agar korang tahu mengapa aku menyepi seketika..heheheh

Dah, sampai kat sini jer….jumpa lagi

Salam hormat

Popularity: 21% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark