Pembaca yang disayangi,

Kalau 2 minggu lepas aku demam dan blog ini sepi buat beberapa hari. Kali ini…aku baru jer selesai dari kesibukan mengendalikan majlis reunion bekas2 pelajar sekolah isteri aku. Mengapa aku yang perlu sibuk?? Sebenarnya untuk majlis itu, secara tidak langsung aku terbabit sebagai webmaster untuk komuniti dia orang. Jadi terpaksalah aku sibukkan diri aku untuk dapatkan maklumat sepanjang program itu berlangsung.

Kepada yang menghantar email kepada aku…semalam baru aku dapat online sekejap dan membalas apa2 yang patut.

Rindu oooo pada blog coz blog ni kalau kita terlambat update banyak kesan buruknya. Pada aku, kalau terlambat update… aku akan mati kutu atau mati idea untuk menulis. Lagi satu….kekurangan pengunjung, ibarat kalau rumah kita. Jika kita tiada di rumah atau bercuti maka sudah tentu tetamu atau rakan kita tidak akan datang menziarahi kita…kan!! dan begitulah juga dengan blog.

1. Saudara Abooain : Sori kawan sebab belum bagi no akaun maybank untuk urusan komisen PBU. Nanti saya bagi ASAP ekk!!

2. Saudara Asharudin : Janji semalam nak tengokkan blog ngko…tak sempat line streamyx down..kejap ada kejap takder. Insyaallah saya cuba tengokkan selepas line ok :)

3. Saudara Labanon : Terima kasih banyak2 kerana pilih aku untuk buat review dan bacaan pada ebook ngko. Maybe ebook terbaru yang akan kuar kot. Baru jer habis page 8..hehehe

4. BeduzBiz : Terima kasih kerana sudi letakkan blog ni kat blogroll u. Pk..saya bersetuju untuk pertukaran link tu. Salam perkenalan dari saya

Dua tiga hari ni..mungkin aku akan habiskan masa untuk mengedit gambar2 reunion tu dan mengupdate blog dia orang serta forum dia orang. Lepas tu..07,08 dan 09 aku akan pulang untuk mengundi jika tiada rintangan yang menghalangi. Pada 13,14 dan 15 pulak aku dan famili akan cuti2 Malaysia…Nak tak nak kena pergi juga coz dah janji ngan anak2 aku dan anak mak mertua aku :)

Sebenarnya….aku pun dah tak tahu apa aku tuliskan ni..entah tersusun atau pun tidak. Apa yang penting, aku nak blog ni ada post terkini aje. Kalau apa yang aku tuliskan ni..tidak enak untuk pembacaan korang, maaf dipinta buat semua. Lagipun, rakyat Malaysia sekarang ni memang tengah hot dengan isu2 pilihanraya..jadi agak buntu juga untuk memikirkan topik yang hangat untuk diperkatakan di blog selain topik pilihanraya.

Baiklah sampai kat sini dulu…jumpa lagi. Semoga korang sentiasa sukses dan terus hangat daripada biasa.

Salam hormat

 

Popularity: 20% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark