Pembaca yang dirahmati selalu,

Untuk hari ini, saya ingin berkongsi dengan korang semua tentang satu plugin. Plugin yang saya kira bagus untuk pengguna2 wordpress. Mengapa bagus?? untuk mengetahuinya..korang bacalah ayat2 seterusnya.

Baiklah, plugin ini diberi nama WP Auction. WP Auctions adalah satu WordPress plugin yang membolehkan bloggers membuat lelongan untuk apa jua jenis produk yang mereka mahu di blog masing2 ataupun dalam erti kata lain, blog sendiri. Secara tidak langsung, kita boleh membuat keuntungan 100% melalui auction tersebut.
Mengapa 100%. Ini kerana melalui auction ini korang tidak perlu membuat bayaran untuk caj2 tertentu.

Kebiasaannya, tempat2 lelongan yang terkenal seperti ebay, lelong, shopping ads dan pelbagai lagi mengenakan caj untuk kita membuat auction tersebut. Tetapi dengan WP auction ini andalah bos dan anda tak perlu membayar apa2 caj.

Setelah anda mendonload WP Auction ini…korang bolehlah memulakan auction pertama korang dan bersedialah untuk mendapat keuntungan pertama korang. Mudah dan menarik bukan. bgiyang mempunyai banyak produk…inilah masanya untuk korang menjana pendapatan daripada blog.

Pembayaran boleh diterima melalui paypal dalam bentuk matawang USD,GBP,EuRo dan juga Yen. RM masih belum boleh diterima. Saya telah mendownload WP Auction ini tetapi masih belum mencubanya di blog2 saya. Mungkin plugin ini lebih sesuai untuk blog2 berbahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu..Namun begitu, rasanya untuk blog berbahasa Melayu, tetapi boleh digunakan…tetapi pembayaran mestilah melalui paypal.

Saya baru jer menjumpai plugin ini, dan saya terus mempromosinya tanpa mencuba terlebih dahulu. Ini kerana, saya begitu teruja untuk berkongsi dengan korang tentang plugin…dan sama2lah kita mencubanya nanti. Ini kerana, tidak rugi jika kita menggunakannya kerana tiada apa2 caj yang dikenakan kepada kita. Pada saya yang menariknya tentang plugin ini ialah kita boleh mempromosikan produk kita kepada semua pengunjung blog kita tanpa kita terikat dengan mana2 pihak.

Korang boleh membuat berapa banyak lelongan korang..dan yang penting, pelanggan yang nak membida tak perlu mendaftar. Nama2 yang membuat bidaan akan dihubungkan melalui email dan jika kita ragu2 atas sesuatu bidaan kita juga boleh membatalkan bidaan tersebut. Segala instruction ada diberitahu. Just follow aje…

Jadi..jika korang berminat untuk dapatkan WP Auction ini..sila berbuat dengan kadar segera. Jika ada yang telah menggunakan WP Auction ini bolehlah berkongsi maklumat di sini. Saya pun dalam proses mempelajari plugin ini.

Sekian, salam hormat

p.s. Maaf jika ayat2 di atas tunggang langgang kerana saya menulis dengan kadar yang cepat.

Popularity: 18% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark