Pembaca yang dihormati,

Pertama sekali, aku bersyukur kerana keputusan pilihanraya kali ini amat memuaskan banyak pihak terutamanya para penyokong barisan alternatif. Bagaimana pula dengan anda? Adakah korang merasakan keputusan pilihanraya kali ini telus dan bersih?? Pasti ramai yang berpuas hati dengan keputusan kali ini. Rasanya, inilah sejarah paling gemilang untuk barisan alternif sepanjang pilihanraya di negara kita.

Apa yang saya tuliskan di sini berdasarkan berita yang saya peroleh daripada saluran televisyen setakat pukul 4.00 pagi.

 

Rasanya ramai penganalisis politik juga terkejut dengan keputusan pilihanraya kali ini. Ramai yang mengatakan Terengganu akan kembali semula kepada pemerintahan pembangkang namun hal yang sebaliknya berlaku. Kemenangan Tuan Guru Haji Hadi Awang di Parlimen Marang tidak berjaya merubah arus gelombang bagi kawasan2 lain. Seagai anak Terengganu, secara peribadi aku juga terkilan walaupun jumlah majoriti menunjukkan  pertambahan. Apapun tahniah aku ucapkan kepada wakil PAS kawasan aku DUN Sura iaitu Ustaz Wan Hassan atas kemenangan. Semoga beliau menjalankan tugas2nya selepas ini sebagai wakil rakyat dengan penuh keadilan, kesabaran dan kebijaksanaan.

Apa yang menarik untuk aku perkatakan di sini adalah berkenaan kemenangan tak terduga untuk Barisan Alternatif di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hal ini menunjukkan bahawa pengundi2 bandar telah bijak dalam membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang bakal memimpin mereka kelak dalam era baru negara kita. Setakat keputusan diperolehi, KeADILan telah memenangi lebih 30 kerusi Parlimen, PAS sejumlah 27 manakala DAP juga mendapat 27 kerusi namun keputusan muktamad dan rasmi masih ditunggu oleh semua pihak yang bertanding.

Kelantan yang diibaratkan sebagai negeri panas untuk pilihanraya kali, masih lagi dimenangi oleh PAS dengan kemengan yang lebih bergaya berbanding pilihanraya 2004.  Kejayaan PAS di Kelantan menidakkan berita2 yang disiarkan di kaca TV dan juga akhbar2 harian. Datuk Dr Awang Adik calon yang akan diangkat sebagai MB Kelantan jika BN menang turut kecundang. Namun begitu beliau akur dengan kecerdikan rakyat negerinya dan menerima keputusan ini dengan tangan terbuka. Syabas dan tahniah buat Tuan Guru Datuk Seri Haji Nik Aziz, calon2 PAS dan juga rakyat Kelantan.

Persoalan menarik di sini, siapakah yang bakal menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang dan siapakah pula yang bakal menjadi Menteri Besar di Selangor, Kedah dan juga Perak. Diharap Barisan Alternatif menggunakan kesempatan yang diberi oleh rakyat dan carilah formula terbaik agar manifesto “Menuju Negara Berkebajikan” menjadi realiti dan bukannya omongan kosong yang dilaungkan semata2 unuk pilihanraya.

Secara keseluruhan, keputusan kali ini banyak menyentakkan hati para pemimpin kerajaan dan sekaligus membuatkan dikalangan mereka tak senang duduk. Beberapa keputusan mengejut berlaku kepada bekas pemimpin kerajaan. Pertamanya, kekalahan Datuk Seri Samy Vellu di kerusi Sungai Siput kepada PKR. Juga mengejutkan adalah kekalahan Datuk Seri Shahrizat kepada srikandi Datuk Seri Anuar Ibrahim iaitu Izzah Anuar. Kekalahan Datuk Zainudin Mydin kepada calon PKR di Sg Petani turut memberi impak dan mengejutkan pimpinan BN. Kemenangan PAS di Shah Alam juga telah membuatkan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo tertanya2 dan tercari2 di manakah silapnya???

Akhir sekali apa yang boleh saya simpulkan bahawa keputusan PRU12 ini menunjukkan tanda kematangan para pengundi Malaysia. Arus perubahan besar ditunjukkan oleh pengundi2 Cina dan juga India. Apakah maksud semuanya ini?? Seperti biasa kaum Cina semestinya dengan pendirian dan stail mereka yang akan memilih pemimpin yang boleh memberi keuntungan kepada bisnes2 mereka dan tidak hairanlah DAP dapat menawan bandar2 besar. Pengundi India pula, apakah semua ini kerana mereka merasakan MCA telah menaikkan kaum Cina, Umno telah menggemilangkan kaum Melayu tetapi tidak pada MIC dan lantaran itulah apakah mereka merasakan BA adalah platform terbaik untuk mereka mendapat pembelaan??

Sekian dahulu, kepada semua calon yang telah memenangi kerusi masing2 diharapkan dapat menjalankan tugas sebaik mungkin kerana anda adalah pilihan terbaik. Jadi janganlah mengambil kesempatan atas kepercayaan rakyat kepada anda semua. Semoga keputusan kali ini menjadikan negara kita lebih aman, makmur, sentosa dan maju dalam erti kata sebenarnya.

Terima kasih, Malaysia 

Salam hormat

Popularity: 36% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark