Pembaca yang budiman,

Bertemu kembali pada minggu yang baharu. Minggu ini merupakan minggu2 terakhir untuk bulan Mac. Bermakna kita hanya tinggal 9 bulan lagi untuk hala tuju segala keazaman dan matlamat yang ingin kita capai bagi tahun 2008. Amacam dengan orang setakat 3 bulan ini?? Tentunya beberapa target korang telah berjaya dicapai :)

Sambil2 kita review apa yang telah kita lakukan, untuk hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang JV atau rakan partner di internet. Ilmu ni hasil gabungan pembacaan dan sedikit pemerhatian daripada rakan2 yang lain.

 

Apa itu Rakan Partner???

Rakan partner tidak terhad kepada offline sahaja, tetapi ianya juga berlaku di internet. Secara mudahnya rakan partner ini merupakan rakan bisnes kita samada melibatkan seorang rakan atau lebih dan bukannya Barisan Alternatif…

Sebagai contoh, saya baru saja selesai membuat perbincangan dengan Abooain dalam menjayakan usaha kami sebagai rakan partner di internet. Hasil perbincangan tersebut maka lahirlah onebiznetwork [dot] com yang kini masih lagi dalam kerja2 pembinaan.

Bagaimana Nak Mulakan ??

Perkara ini sebenarnya subjektif dan tidak ada satu teknik yang boleh dipraktikkan unuk mendapatkan rakan partner ini. Cuma, ianya berlaku apabila korang sudah saling mengenali di internet dan hasil hubungan sulit baik yang terjalin….berkemungkinan akan timbul idea untuk mulakan sesuatu bisnes secara bersama.

Syarat-syarat Wajib

Modal dan ilmu : perkongsian yang penting dalam menjayakan bisnes secara berpartner. Ilmu yang ada harus dimanafaat sebaiknya…tak lain tak bukan, untuk tentukan hala tuju visi dan misi gabungan kita itu. Modal pula sudah tentu untuk menggerakkan segala apa yang kita rancang terlaksana dengan jayanya.

 

Honesty : kejujuran sangat penting dengan rakan kita, kerana dengan kejujuran inilah akan membawa kepada sejauh mana gabungan bisnes itu mampu bertahan. Ini kerana ianyanya akan melibatkan banyak perkara yang sensitif terutamanya melibatkan wang ringgit. Jangan main-main !!!

 

Cara bekerja : kerja2 yang dilakukan janganlah terlalu memberati sebelah pihak sahaja. Kalau macam tu…confirm tak lama kemudian, partner kita pasti akan tarik muka…dan pastu akan tarik diri. harap2 ini tidaklah berlaku pada aku :) kerjasama adalah kunci kita..bukan sahaja dalam perkongsian bisnes..malahan dalam segala perkara yang kita lakukan.

 

Apa kata yang keempat dan seterusnya, korang cuba nyatakan pada ruangan komen blog ini. Mungkin dengan pengalaman dan ilmu korang dapat kita kongsikan dan jadikan panduan buat semua pembaca di sini.

Baiklah, saya berhenti di sini dahulu dan insyaALLAH akan saya sambungkan nanti untuk projek pertama saya bersama partner saya di post blog ini pda masa akan datang. Mungkin juga korang kurang bersetuju dengan apa yang saya perkatakan, maka bolehlah membuat komen itu nanti.

Apapun, samalah2 kita mempraktikkan segala apa yang baik kerana hanya yang baik sahaja akan menzahirkan yang lebih baik. Yang lebih baik itu pula sudah pasti akan membuahkan hasilan yang terbaik. Ada bagus….bagussss

Salam keihklasan

Popularity: 23% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark