Pembaca yang dihormati,

Jika sebelum ini aku pernah di tag oleh beberapa rakan blogger. Hari ini, buat pertama kalinya aku ingin memulakan tag. Tag ini dikenali sebagai ” 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda “. Ho..ho..ho… agak2 boleh merebak tak tag yang aku ciptakan ini?? Harap2, tag yang aku ciptakan ini mendapat sambutan daripada korang semua.

 

Baiklah, bagi memenuhi kehendak tag ini, maka beberapa syarat mudah perlu dipatuhi :

1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.

2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.

3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

Untuk memulakan tag ini, maka sudah tentu akulah yang akan kena mulakan dulu tag ini. 5 perkara Pertama Dalam Hidup Aku.

Perkara Pertama

Blog pertama aku adalah blog afzaiafandi tetapi menggunakan blog wordpress percuma. Tema blog itu masih lagi sama dengan blog aku sekarang ini. Aku bertukar ke blog berbayar kerana blog aku telah di”ban” oleh pihak wordpress.

Perkara Kedua

Yang ini pula ingin aku ceritakan tentang mini site. Ok..mini site pertama aku adalah minisite jualan tentang produk penjimatan minyak. Minisite ini juga aku createkan menggunakan hosting percuma. Ianya dilancarkan pada pukul 03.47 pagi bertarikh 05 Disember 2006. Kalau korang nak tengok, boleh klik kat sini ekkk.

Perkara Ketiga

Awek pertama aku pula….oh, tidak !!! aku tidak akan bercerita tentang awek pertama aku. Biarlah isteri aku jer yang mengetahui bukannya korang :)

OK, perkara ketiga adalah tentang pendapatan pertama aku di internet. Aku mendapat pendapatan pertama aku melalui bisnes pertama yang aku jalankan di internet iaitu pembekal pembantu rumah yang aku pernah lakukan dahulu bermula pada tahun 2002 hingga 2004. Bisnes ini aku promosikannya di forum2 tanah air tetapi sayang kerana bisnes ini telah berkubur dalam hidup aku.

Perkara Keempat

Ini pula tentang pekerjaan aku. Pekerjaan pertama aku adalah sebagai pencuci kereta di stesyen minyak Esso bersebelahan Hospital Dungun, Terengganu. Waktu itu aku sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Aku bekerja ketika itu demi untuk membeli sehelai jeans Levis dan sepasang kasut Adidas.. Bila aku balik ke kampung halaman aku pasti aku akan jenguk tempat itu….nostalgia ooooo

Perkara Kelima

Pertama kali aku ke Kuala Lumpur pada akhir tahun 1992. Sewaktu itu aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Bersama 3 orang rakan aku, aku berkelana untuk mencari rezeki di kota metropolitan. Kuala Lumpur aku datang ke dadamu…hehehehe. Waktu itu aku mencuba nasib mencari pekerjaan sementara di bandar baru bangi. Setelah menghadiri beberapa interview akhir aku berjaya juga mnjawat jawatan sebagai “mat kilang” di kilang Permanis yang keluarkan air botol dan air tin tu…

Setelah result STPM kuar…aku balik dan selepas itu aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

Sekian sahaja, 5 perkara pertama dalam hidup aku. Jadi bagi memenuhi syarat2 tag yng aku ciptakan ini..aku akan panjangkan tag ini kepada 5 blogger pilihan aku..jeng,jeng,jeng

1. Tentulah partner aku Abooain…belum jumpa pun lagi mamat ni

2. Budak Banting yang tak boleh hidup tanpa wanita :)

3. SmartZul….otai perniagaan internet. Harap2 sudilah kot

4. Labanon…top 30 bloggers under 21

5. Biz Malaya… yang kusangkakan lelaki rupanya surirumah tangga

6. Oklah…tambah lagi…macam ingkar syarat jer..tapi takper. Afham dan Syawal aku tak akan lupakan ko kerana ko berdua pernah jumpa aku..hahaha termasuk juga emet dan beduz

Salam hormat dan Selamat bertag

 

 

Popularity: 36% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark