Pembaca yang budiman,

Siapa yang kat sini tak mahu blognya mengendur?? Sila angkat tangan. Angkatlah tangan…. Rasanya jika diajukan soalan ini, sudah tentu semuanya inginkan blog masing2 semakin maju dan mantap. Termasuklah saya. Namun tidak semua keinginan kita itu sama dengan kehendak. Biarpun disebalik itu kita punyai niat yang baik kadangkala ianya tidak berjalan seperti yang kita rancang.

Sebenarnya, bukan sesuatu yang mudah untuk kita kekalkan prestasi blog kita. Kerana untuk mengekalkan blog tidak seenteng mencipta blog. Setelah kita bersusah payah, bersengkang mata, mengumpul idea, memerah keringat dan juga mengeluarkan modal, langkah mengendurkan blog adalah satu langkah yang kurang bijak.

 

Apa yang saya cuba perkatakan di sini, adalah berkaitan dengan seseorang yang memandang serius tentang blog. Blog sebagai penjenamaan mereka, blog sebagai ofis mereka, blog sebagai kedai maya mereka, blog sebagai agen perniagaan mahupun apa saja tujuan seseorang berblog.

Blog mengendur. Ada yang memberi alasan kerana blog sebagai platform perniagaan internet mereka yang bersifat sementara. Lebih mudah kita sebut kerjaya part time bukannya full time. Apa yang membezakan part time dan full time???? Pada saya kedua2 patah perkataan itu hanyalah berbeza dari segi perkataan sahaja… bukan lawak tapi serius.

Part time separuh masa dan full time sepenuh masa. Saya mengambil contoh pekerja di 711. Apa 711 tu….?? Lu fikirlah sendiri :) Yang ni main2 bukan serius ekk. Pekerja 7 eleven. Ada yang part time dan ada yang full time. Bagaimanakah cara mereka bekerja?? Walaupun tarafnya part time..namun komitmen kerjanya sama seperti fulltime. Mereka tetap bekerja dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Kesimpulannya di sini, walaupun kita hanya blogger part time namun masa yang dimiliki tak kiralah hatta satu jam sehari pun….kita pergunalah 1 jam itu dengan sebaik mngkin. Jika faktor masa kita jadikan sebagai alasan nescaya semakin hari ianya akan menjadi penyakit dan blog kita akan semakin suram seterusnya lama kelamaan jadilah seperti “rumah tinggal”

sekali lagi saya ingatkan terutamnya untuk diri saya sendiri, jangan jadikan alasan tidak punyai masa dan malas sebagai alasan konkrit untuk kita terus merancakkan blog kita sendiri.

Saya tahu…. diluar sana ramai blogger yang punyai ribuan pengalaman untk sama2 kita kongsikan di sini. Kongsikan samada petua, cara2 atau langkah mengatasi masalah blog mengendur ini. Dengan tips yang korang berikan, manalah tahu membangkitkan semula semangat2 yang hilang dikalangan blogger.

Salam hormat

 

 

P.S. Alhamdulillah bulan ini dapat 4 sale daripada affiliate kuasa forex

 

 

 

 

Popularity: 26% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark