Rakan2 yang dirahmati Allah selalu,

Sedar tak sedar dah masuk bulan April kita ekk!! Banyak lagi perkara yang tak selesaikan. kalau ikutkan diari aku, ada dua tiga perkara yang aku belum settlekan. Insyaallah, dengan kekuatan yang diberi, akan aku usahakan juga semoga apa yang telah aku lakarkan untuk tahun ini terlaksana semuanya. Agak panas jugak isu2 semasa untuk bulan ini. Dari bumi England kisah budak genius melarat ke Belanda dengan Fitnanya sehinggalah ke negara kita dengan filem Akhirat.

Untuk hari ini, aku taknak kupas pasal ketiga2 isu tu…. kurang bernafsu untuk dicoretkan. Cukup aku mengetahuinya dan membuat penilaian sendiri.

Tajuk post aku “Akan datang tak lama lagi” tiada kaitan dengan filem akhirat yang akan muncul di pawagam2 tetapi ianya berkaitan dengan diri aku dan sahabat online aku Mr Abooain CEO Alhusna Gallery.

Apa yang aku maksudkan itu adalah kemunculan perniagaan internet kami. Buat masa ini, kerja2 pecah tanah telah pun dijalankan. Ketika korang sedang membaca apa yang aku tuliskan ini, tinggal lagi 50 peratus untuk disiapkan. Mungkin dengan berkat doa korang, segala apa yang dilakukan oleh kami berjalan dengan begitu lancar.

Setelah persepakatan dibuat antara kami berdua, maka terhasillah OneBizNetwork. Daripada 10 nama yang disenarai pendek, kami memilih nama tersebut sebagai nama komersial untuk syarikat kami dan motto kami ialah “Saluran Perniagaan Online Terkini”.

Apa bentuk perniagaan yang akan dijalankan?? Untuk peringkat permulaan, onebiznetwork akan menawarkan:

  1. perkhidmatan membuat blog
  2. perkhidmatan membina minisite
  3. Perkhidmatan membina website
  4. Pakej web tools
  5. Khidmat nasihat rumahtangga dan cari jodoh percuma

Untuk makluman semua, sekarang kami sedang menyiapkan sebuah ebook yang bertajuk “PERNIAGAAN ONLINE - Panduan Ringkas Membina Empayar Perniagaan Online sendiri”. Itu adalah tajuk tidak rasmi. Ebook ini tidak akan dijual tetapi akan diberi percuma pada hari pembukaan onebiznetwork nanti. Kepada korang semua, jangan lupa untuk dapatkan ebook percuma tersebut pada hari pembukaannya nanti. Kami dengan rasa berbesar hati mengalukan kedatangan korang semua. Tanpa support dari korang siapalah kami :)

Sempena pelancaran ebook itu juga nanti, kami ingin membuka ruang pengiklanan berbayar kepada mana2 individu atau syarikat yang ingin mempromosikan produk masing-masing. Tidak rugi rasanya, jika ada yang berkeinginan untuk membuat iklan di ebook kami nanti, kerana mailing list yang ada pada kami setakat ini pasti tidak menghampakan.

Setakat ini dahulu yang dapat saya ceritakan tentang onebiznetwork dan insyaallah pada masa2 mendatang akan saya maklumkan perkembangan terkininya. Jika korang ada sebarang idea atau cadangan untuk penambahbaikan onebiznetwork, saya amat mengalukan dan menghargainya.

Salam hormat

 

Popularity: 25% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark