Para tetamu yang dihormati selalu,

Bermula hari ini , blog ini akan bercuti buat sementara waktu kerana tuan punya blog ini mempunyai urusan offline di Cameron Highland. Namun begitu jika di Cameron Highland mempunyai laluan 3G, maka ianya adalah berita baik untuk saya mengakses internet menggunakan celcom broadband. Disamping menjalankan urusan offline saya, untuk kesejukan malam akan saya hangatkan dengan mencari dan mengumpul bahan2 untuk pembukaan kedai online saya.

 

Saya perlu memberi lebih fokus memandangkan target saya untuk pembukaan kedai online saya selewat-lewatnya penghujung bulan Jun 2008. Kerja2 yang tertangguh perlulah saya percepatkan agar matlamat saya itu tidak terkubur pada buku nota.

Ditambah pula dengan kerja2 pembinaan OneBIzNetwork yang belum lagi siap sepenuhnya. Dalam hal ini, perancangan dan pengurusan masa amat penting untuk mengutamakan yang utama.
Di internet, banyak peluang terhidang untuk kita  menjalankan perniagaan internet. Untuk para newbie saya sarankan korang dapatkan ebook memulakan perniagaan internet untuk memulakan langkah pertama korang.

Bagi yang dah lama berkecimpung dalam dunia online dan masih belum mempunyai perniagaan internet, adalah lebih baik yakin pada potensi diri untuk memulakannya.

Insyaallah saya akan menemui korang semula pada hari Jumaat ini kerana rehat saya bukanlah rehat yang lama. Semoga apa yang saya rancang pada mingu ini berjalan dengan lancar dan saya harap korang pun begitu juga.

Semoga kita bertemu lagi dan salam hormat daripada saya.

 

 

Popularity: 21% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark