Para tetamu yang dirahmati Allah selalu,

A

ku rasa kekok pulak nak memulakan post setelah blog ini bercuti baru2 ini. Blank seketika…tapi tajuk dah ada. Takper, aku teruskan sebab lama jugak blog ni takder post untuk setiap hari Jumaat. Baiklah, untuk hari ini aku nak berkongsi tentang perihal hidup berpasangan. Mungkin, sedikit sebanyak ada kena mengena ngan aku. Tapi tak banyaklah…. dalam 20% jer…hehehe

Kata orang2 tua, hidup berumah tangga ni ibarat sebuah ladang. Ladang untuk bercucuk tanam. Dah nak bercucuk tanam, so kenalah pastikan tanah tu sesuai ker tidak untuk jenis tanaman yang hendak kita tanam. Lagi satu kita kena juga “make sure” tanah tu sentiasa subur. Macamana caranya??? dah tentu taburkan baja selalu dan pastikan juga sistem pengairan baik dan cukup. Apabila dah complete perkara tadi atau dalam erti kata lain..apabila tanah tu dah cukup subur, barulah kita mulakan proses untuk bercucuk tanam.

Pada aku, kita perlu menerima pasangan kita seadanya dan perlulah menganggap sebagai permata yang sangat cantik…cewahhhh!!! bukan saja cantik tapi mempunyai nilaian yang sangat tinggi. Jadi, jika sepanjang hidup berumah tangga ada berlaku sedikit perselisihan yang mungkin disebabkan tidak ada kesesuaian, tidak memahami rasa hati isteri, atau mungkin kecantikan dah mulai pudar….maka tidak patut kita terus membenci dan membuang dirinya dari lubuk hati kita.

Itu bukanlah satu tindakan yang bijak tetapi pendek akal namanya. Jangan sesekali kita lupa sembilan kebaikannya dek kerana satu keburukkannya. Jangan juga sesekali kita lupa bahawa pasangan kita adalah permata asli dan sampai bila2 pun akan tetap keasliannya. Malah jika digilap…keasliannya akan lebih berkilat. Korang jangan sesekali lupa yang tu.. :)

So…hidup ini kita harus banyak belajar dari kesilapan lalu dan harus banyak menimba pengalaman. Senjata yang paling ampuh yang perlu kita miliki adalah sentiasa bersikap sabar. Ingat, kita ni kan peladang. Berapa saiz ladang kena kena usahakan. Sementara menunggu ladang kita menjadi. mungkin pelbagai dugaan datang menimpa ladang kita. samada masalah kemarau atau banjir…. jangan sesekali kecewa. Sebagai peladang beriman, bertawakal lah kepada Yang ESA.

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
OH Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMU..padaMU
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu…untukMU

Sebagai peringatan kepada aku, kepada korang yang aku kenali, kepada pembaca2 yang singgah seketika kat blog ini…..ingatlah dalam kehidupan ini, kita mesti selalu berfikiran positif. Dalam apa situasi sekalipun…. yakinlah pada kemenangan kita akan sentiasa menang. Kita tidak mungkin dikalahkan oleh keadaan. Biarlah kekuatan dan kematangan kita yang menguasai keadaan. Fikir2kanlah.

Mudah-mudahan kita menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah di kalangan hamba2nya dan menjadi suami idaman.

Salam hormat

 

Popularity: 31% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark