Pembaca yang dihormati,
Tak nak berceloteh panjang hari ini. Direct to the post title. Global Test Market…ada yang tahu?? Jika korang tahu tentang ini, besar harapan saya semoga boleh dikongsi apa yang ngko orang tahu tentang GTM ini.
Program ini membayar kepada ahlinya yang melengkapkan survey. Berdasarkan kepada websitenya, ibu pejabat GTM ini beroperasi di 2835 82nd Ave SE Suite S100 Mercer Island, WA 98040 United States of America.
GlobalTestMarket adalah komuniti dalam talian yang unik di mana pengguna dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam penghasilan produk dan perkhidmatan yang baru pada dunia.
Ahli-ahli belajar mengenai dan menggunakan produk dan perkhidmatan baru sambil memperoleh MarketPoints - mata wang dalam talian, yang boleh ditukarkan kepada wang tunai.
Di sini saya sertakan beberapa soalan bagi pembacaan dan pemahaman kawan-kawan. Jika korang dah tahu teruskan ke bahagian komen dan maklumkan apakah maklumat yang korang tahu. Yang terpenting sekali aku nak tahu, program ni scam atau tidak sahaja??
Mengapakah GlobalTestMarket menggunakan MarketPoints dan bukan mata wang?
~ Kajian penyelidikan kami dilaksanakan di seluruh dunia. Oleh itu, kami menawarkan ganjaran secara ekslusif dalam bentuk MarketPoints, yang memiliki nilai tetap terhadap dollar AS. Setiap MarketPoint adalah bersamaan dengan 5 cent AS. Jumlah mata minimum yang diperlukan untuk menukar mata kepada wang tunai ialah 1000 mata.
Berapa banyak mata yang perlu saya dapatkan untuk ditebus untuk wang tunai?
~ jemputan akan memberitahu anda jumlah MarketPoints yang anda peroleh bagi melengkapkan kaji selidik berkenaan, atau untuk penyertaan anda tetapi bukan sebagai ahli khalayak sasaran (yakni, tidak layak). Jumlah mata adalah berbeza bergantung kepada dua faktor:
1) betapa segeranya tindakan yang diperlukan oleh ujian– ujian yang perlu disiapkan dengan segera menawarkan insentif yang lebih tinggi, dan
(2) tempoh kaji selidik tersebut. Lebih panjang tempoh yang diperlukan bagi pihak anda, lebih banyak MarketPoints yang diberikan.
Jika saya memilih untuk menukarkan MarketPoints kepada wang tunai, bagaimanakah akan saya dapatkan wang itu?
~ Kami akan hantar kepada anda cek dalam mata wang tempatan anda melalui pos. Nilai anda ditetapkan pada 5 cent Dolar AS bagi setiap MarketPoint.
Bagaimanakah caranya untuk menebus MarketPoints saya?
Log masuk ke akaun anda. Klik pada ‘MarketPoints’ di panel atas. Klik bebutang ‘Tebus’.
Sahkan bahawa alamat pengiriman anda betul. Cek anda dianggarkan akan dihantar pada minggu kedua bulan berkenaan susulan kepada permintaan penebusan anda.
Jom ke laman Global Test Market
Salam hormat
p.s. program survey pertama yang aku join
Popularity: 25% [?]
Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!
Saya lebih senang dikenali sebagai Afzai Afandi. Mula menceburi bidang internet ini sejak akhir tahun 2005.Kini saya memandang perniagaan internet ini merupakan satu bentuk perniagaan yang amat bersesuaian dengan diri saya.Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang banyak tetapi mampu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan.
Fahmi
April 19th, 2008 at 7:36 pm
afzai ni memang kaya dengan lubuk nak wat duit! cayalah!
Fahmi’s last blog post..5 PERKARA PERTAMA DALAM HIDUP ANDA
AfzaiAfandi
April 19th, 2008 at 8:31 pm
lubuk banyak bos…tapi lum kaya2 lagi
titan
April 20th, 2008 at 4:47 am
hehe. aku dah wat ujikaji program ni. lama dulu. tapi dukacitanya, agak sukar untuk mendapat point dan survey. kekadang, dia bagi 2-3 survey. kekadang. satu survey pun tak dapat. cara lain, korang kene cari ramai downline untuk depan capai payout. kalau tak, berjanggutla jawabnya..
titau’s last blog post..Leo Contest - Part 1
megat
April 20th, 2008 at 4:44 pm
apa yang pasti segalanya adalah ilmu dan asti akan datang ada kegunaannya. dalam dunia sempadan kan apa-apa perkara boleh berlaku.
megat’s last blog post..Semakin Keliru
Fahmi
April 20th, 2008 at 7:46 pm
tak apa…pelan-pelan kayuh…nanti akhirnya sampai jua.
Fahmi’s last blog post..MIRO - PERISIAN TV PERCUMA
AfzaiAfandi
April 20th, 2008 at 7:58 pm
Yer ker Titan.. untuk permulaan aku tengok camana
lagi satu, ko dah tukar titan kepada titau ker??hehehe
megat n fahmi….insyaallah
afham
April 20th, 2008 at 8:24 pm
hoho..
thanks for sharing bro..
afham’s last blog post..Daulat Tuanku!! Sempena Hari Keputeraan Sultan Perak ke 80
First payment with blogging | afham
April 20th, 2008 at 8:58 pm
[…] Blog Afzai […]
emme
April 22nd, 2008 at 9:45 pm
Salam, mcm titan cakap kat atas tu memang susah nak wat duit dengan GTM ni, boleh tu boleh tapi amat2 lambat…
Aku pon dah join lama, jaranglah nak dapat survey dari diorang. Biasanya diorang buat survey yang spesific.
Ape kata cube dulu, kalau memang boleh buat duit teruskan k
emme’s last blog post..Weblog Aku Yang Pertama!
titan
April 24th, 2008 at 11:53 pm
aku laju sangat kot tekan keybord tuh. Hehe. Bukan tak leh. Ada kawan aku dari brazil memang dapat duit dari benda nih. banyak kali. Tapi downline dia beratus-ratus2. Itu yang dapat income. Kalau takat 5-6 orang je downline kita. Sakit woo.
Apapun. Tk salah mencuba.
titan’s last blog post..Leo Contest - Part 1