Pembaca yang disayangi,

Poning jugak kepalo den memikirkan apa yang hendak ditulis. Maklumlah blogger separuh masa seperti saya selalu menghadapi kekangan masa dan idea untuk menulis. Tambahan pula untuk mingu ini aku kena siapkan sebuah blog untuk Persatuan Ibubapa dan Guru sebuah sekolah di Ipoh.

Susulan itu juga, kata YDP itu jika hasilan aku memuaskan hatinya maka akan ada lagi job untuk aku. InsyaALLAH.

Teruskan dengan kedudukan korang dan jangan betulkan kerusi korang. Sesuatu yang menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi DiGi. Sudah tentu berita ini menggembirakan pengguna rangkaian DiGi.

kini berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan hanya membuat isian semula RM30 atau RM50 menerusi Peraduan Mudah Menang Prabayar DiGi.

 

Hadiah berupa wang tunai dan masa berbual selama setahun bernilai lebih RM1.2 disediakan untuk tempoh peraduan selama lapan minggu bermula 1 April lalu dan berakhir 26 Mei depan. Menurut Perunding Kanan Pemasaran dan Komunikasi, DiGi, Nancy Tan, cabutan akan diadakan seminggu sekali untuk pelanggan yang membuat isian semula sebanyak RM50 untuk membolehkan mereka menggondol wang tunai RM100,000.

Saranan aku, walaupun aku bukannya pengguna DiGi….adalah baiknya korang mencuba nasib. Manalah tahu rezeki berpihak kepada korang. Bercerita bab rezeki, nasib tidak menyebelahi aku dalam contest Naem PPC. Namun begitu, aku tersenarai untuk tempat kedua (takder hadiah ma…..Tempat pertama saja yg dapat hadiahnya) daripada berpuluh2 pengkomen.

Teruskan pembacaan untuk berita kedua.

Nampaknya enjin pencari Internet terkemuka, Yahoo! Inc, melangkah ke depan apabila merancang menjadikan kandungan Internet mudah diperoleh dari telefon bimbit menggunakan ciri suara platform oneSearch 2.0.Yahoo! mendapat kerjasama daripada vlingo iaitu syarikat terkemuka teknologi pengenalan suara bagi membangunkan platform carian baru berasaskan suara itu. Khabarnya Vlingo mendapat USD20 million hasil “deal” dengan Yahoo!

Fungsi berkenaan membolehkan pengguna memilih sama ada untuk menaip perkataan atau menyebut saja perkataan kunci mengenai maklumat yang hendak dicari. Enjin pencari berasaskan suara itu akan melengkapkan kefungsian kepada input teks dengan ciri Search Assist yang mana perkataan jangkaan akan keluar sebaik pengguna menaip beberapa huruf atau perkataan dengan terma carian paling popular.

Bagaimanapun, buat masa ini hanya telefon RIM Blackberry siri 8800 dilengkapi dengan aplikasi pengenalan suara dan dijangka lebih banyak telefon akan dipasang dengan aplikasi itu tahun ini.

Salam hormat

Sumber maklumat: Harian Metro

Popularity: 27% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark