Pembaca yang dihormati,

Mungkin berita gembira ini telah ramai yang tahu. Mungkin juga ada yang tertanya-tanya, mengapakah ini merupakan berita gembira? Baiklah, suatu masa dahulu, clickbank begitu popular di negara kita. Ramai juga yang dapat membina pendapatan daripada program clickbank ini. Dek kerana keghairahan, ramai rakyat kita yang telah melanggar polisi dengan mengklik sendiri segala iklan dari CB ini. Lantaran itu, CB telah mem”ban”kan semua permohonan dari Malaysia. Bak kata pepatah “kerana nila setitik,rosak susu sebelanga”

Kini, CB telah membenarkan semula permohonan dari negara kita. Jadi, inilah yang mengembirakan mereka yang betul2 ingin serius dengan program CB ini. Sehinggakan ada yang sanggup ke Singapura untuk membuka akaun bank di sana agi membolehkan mereka membuka akaun ClickBank. Ada juga yang sanggup membuka akaun POBox di Amerika Syarikat.

 

Apa itu ClickBank ?

Semestinya CB bukanlah sebuah bank, walaupun ada perkataan bank pada namanya. ClickBank merupakan satu jaringan program affiliate dan juga merupakan “payment processor” seperti paypal. Seperti program2 yang lain, CB juga menawarkan permohonan “Publisher” dan juga “Affiliate“.

Untuk post ini, aku tidak mampu untuk mengupas bagaimana ingin membina pendapatan dengan program ClickBank ini. Aku juga baru pertama kali ingin mengenali program ini dan belum lagi menggali lubuk yang ada dalam ClickBank ini. Sebagai individu, aku rasa kita lebih sesuai untuk mendaftar keahlian affiliate clickbank sahaja.

Cuma secara kasarnya, program ini sama seperti program yg lain. Cuma aku rasa komisyen yang ditawarkan di sini agak tinggi iaitu antara 30% sehingga 70%. So just imagine jika korang mampu berjaya membuat 1 sale sahaja pun sudah berbaloi untuk kita.

Aku rasa, mungkin ramai yang maklum tentang program ini. Apa kata, kalau korang terjemahkan secara bertulis tentang apa yang korang tahu tentang clickbank di sini. Dapatlah aku belajar dari korang tentang program ini.

Jumpa lagi dan salam hormat

 

 

Popularity: 34% [?]

Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!