Pembaca yang dikasihi,

Cerita yang aku hendak kongsikan kali ini bukannya direct kepada diri aku, tetapi ianya ada kaitan dengan pasangan aku = isteri aku. Macamana aku nak mulakan ekk cerita ini. Aku mulakan dengan citer isteri aku meletakkan jawatannya di salah sebuah syarikat di ibu kota. Berkuatkuasa minggu ini, isteri aku tidak terikat lagi dengan waktu pejabat dan aku juga tidak perlu lagi bangun jam 4 pagi setiap hari Isnin untuk menghantarnya menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Aku lakukan setiap minggu kerana isteri aku bertugas di Kuala Lumpur sejak Ogos tahun 2006. Jadi, setelah sekian lama isteri aku memikirkan jalan terbaik dalam hal ini, akhir isteri aku membuat keputusan untuk berhenti kerja setelah meminta pandangan banyak pihak. Walaupun sayang akan tugasnya, namun banyak faktor perlu diambil kira.

Seminggu sebelum isteri aku berhenti kerja, kami telah berbincang apa bentuk perniagaan yang sesuai untuk dijalankan. Kami menyenaraikan beberapa piihan dan akhirnya isteri aku berminat dan teruja untuk menjalankan perniagaan berasaskan bakery. Memandangkan bidang ini merupakan hobinya pada masa lapang dan hujung minggu.

Lantaran itu, kami telah membeli sebuah mesin untuk membuat roti dan kek sebagai langkah pertama.

Selepas itu, isteri aku ke Kuantan untuk mempelajari cara untuk membuat roti sosej dalam pelbagai bentuk dan stail. Setelah tamat mempelajari, maka pada hari Isnin baru2 ini, isteri aku telah bertemu dengan 2 pengusaha kantin untuk memasarkan produk ini di sekolah. Setelah persetujuan di buat, maka pada hari Selasa roti sosej ini pun berada di kantin 2 buah sekolah tersebut.

Untuk permulaan minggu ini, isteri aku mensasarkan dua buah kantin sahaja dan kuantitinya pula sebanyak 20 biji untuk setiap kantin. Alhamdulillah, jualan di kdua2 kantin memberangsangkan. Semuanya habis dijual pada hari selasa dan semalam. Harga satu roti sosej itu ialah RM1.00 sahaja.

Untuk minggu hadapan, isteri aku mensasarkan agar 3 buah kantin lagi sudi menerima ketibaan roti sosej ini. Jika apa yang dirancangkan terlaksana, maka 100 biji roti sosej akan dipasaran setiap hari.

Selain kantin sekolah, aku pula akan mempromosikan roti sosej ini di beberapa buah kedai runcit yang berdekatan dan menjadi tumpuan. Doakan kami kengkawan…….

Ketika aku sedang menulis post ini, isteri aku sedang menyiapkan “cup cake” pertamanya. Cup cake ini sebagai tambahan produk yang hendak dipasarkan. Selain daripada pemasaran offline, sudah tentu aku akan menggunakan medium internet untuk promosi dan penjualan cup cake ini. Terima kasih Kak Adib kerana sudi mengajar saya secara online tentang cup cake ini…kata isteri aku sambil tersenyum. Jasamu ku kenang.

Buat pembaca blog ini, insyallah blog tentang cupcake ini akan menemui korang suatu masa nanti. Kiranya blog merangkap web jualan untuk produk cupcake itu nanti.

Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, aku adakan satu contest untuk menamakan blog itu dan semestinya hadiah wang tunai dan sekotak cup cake akan menemui pemenang contest itu nanti.

Aku rasa apa yang aku tulis ini dah agak panjang…. jadi, aku berenti di sini dengan satu pertanyaan Terbaikkah Keputusan yang Di Ambil ?

Salam hari pekerja dan salam hormat

 

Popularity: 32% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark