Pembaca yang dihormati,

Sebenarnya banyak peluang pekerjaan terhidang di negara kita. Jikalau tidak, mengapa ramai mat2 bangla, indonesian, nepal, vietnam, pakistan dan ramai lagi memenuhi segenap ceruk di negara kita?? Sudah tentu, jawapannya pada ayat pertama saya…Disamping peluang pekerjaan, sebenarnya peluang perniagaan juga banyak di Malaysia dan ini termasuklah perniagaan dari rumah. Sama ada dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa ianya tetap merupakan satu peluang yang perlu kita isikan.

Rasanya ramai yang maklum bahawa banyak cara untuk kita eksploitasikan perniagaan dari rumah ini. Ini kerana telah banyak yang berjaya memulakan secara kecil-kecilan dari rumah dan kini menjadi bisnes besar.

Mengapa memulakan perniagaan dari rumah??

Pada saya mungkin sebagai hobi mengisi masa lapang, faktor keluarga, kesempitan hidup, penjimatan kos dan  sebab2 tersendiri yang sendiri mungkin tak tahu. Apapun, hal ini perlu diikuti dengan minat yang mendalam dan perlu adanya kepakaran asas. Amacam kalau tiada kepakaran?? Boleh ker….?? Boleh, tapi perlu hadiri kursus untuk membolehkan kita mengetahui asas bidang yang akan kita lakukan itu nanti.

Apakah contoh2 perniagaan yang boleh kita lakukan??

1. Saya mulakan dengan bisnes bakery…kek, roti, biskut dan juga kuih muih. Mulakan secara kecil-kecilan dengan menjual kepada rakan2 kita, jiran2,sedara mara ataupun ahli persatuan yang kita sertai ke….Selepas yakin dengan kesedapan resipi kita, maka bolehlah melangkah sedikit dengan meletakkan resipi kita tadi ke kedai2 atau pun ke pejabat2 untuk meluaskan lagi pasaran dan menambah ramaikan jumlah pelanggan kita.

2. Membuat hasil kerastangan kraftangan ataupun barangan antik. Sebagai contoh, kraf dari kaca, kraf dari paper lama, jam antik, radio antik, pasu, tembikar, pelita, kraf dari rotan dan juga kraf dari kayu. Hasil2 kraf itu tadi amat sesuai untuk dijual di pasar2 malam, tapak ekspo, pasar tani ataupun kita jualkan terus kepada kedai2 kraf. Hasil2 kraf ini juga amat sesuai dijual di lelongan ebay, lelong dan juga kedai online.

3.  Penjagaan bayi, kanak2 ataupun program perkembangan kanak2. Rasanya di bandar2 besar telah ramai yang menjalankan bisnes ini. Berhampiran rumah saya, trdapat sebuah kelas melukis untuk kanak-kanak dan ownernya melakukan ini secara sepenuh masa. Selain itu, kita juga mungkin boleh sediakan urusan transpot untuk kanak2 ini. Di situ, kita boleh kena servis tambahan.

4. Menjual makanan seperti lauk-pauk, nasi lemak, nasi goreng atau apa saja nasi yang korang leh masakkan. Tak perlu membuka gerai di hadapan rumah. Kalau nak bukak jugak … ikut suka koranglah. Apa yang aku maksudkan ialah menu2 itu tadi kita delivery kepada pelanggan kita. Just terima pesanan melalui telepon kemudian buat penghantaran. Peringkat awal, kita perlu canangkan bisnes kita ini dengan menghantar flyers dari rumah ke rumah. Yang penting, masakan tu mestilah sedap….dan penghantaran pun mestilah tepat seperti yang kita janjikan. Selepas itu, aku pasti….booooooooommm.

5. Buat apa lagi ekk. Buat seperti yang aku buat. Gunakan medium internet sebgai pengantara untuk bakal customer. Apa yang boleh kita lakukan?? banyak cara sebenarnya boleh kita lakukan di internet. Antaraya program google adsense,servis buat laman web dan juga blog, graphic designer , menjual produk2 fizikal atau apa2 aje. Aku taknak panjang lebarka tentang ini…kerana banyak artikel2 yg baik tentang perniagaan internet ini.

Ok kengkawan..aku dah letih. Baru sahaja selesai menyiapkan tugasan daripada pelanggan aku. Cuma pesanan untuk diri sendiri, buka minda dan pasti dapat melihat banyak peluang perniagaan yang akan menjadi pedapatan lumayan kepada aku, kau, kita sekeluarga.

Sebelum berundur, apa kata korang bagi idea2 lain yang korang rasa sesuai untuk dilakukan dari rumah. Banyak lagi perniagaan yang boleh kita lakukan dari rumah. Jom kita bincangkan!!!!

Salam hormat

Popularity: 36% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark