Tetamu yang budiman,

Pasti korang masih ingat lagi tentang permainan online dari CIMB suatu ketika dulu. Untuk hari ini, aku akan berkongsi maklumat dengan korang tentang satu lagi permainan online yang menguji minda dan menawarkan hadiah yang lumayan. Penyertaan adalah percuma dan kita tidak perlu membayar malah tidak perlu mempunyai akaun dengan company tersebut.

Buat julung kalinya syarikat AXA Affin Life insurance menawarkan permainan online ala2 monopoli. Penyertaan ini telah dibuka sehingga 30 Jun. Seramai 12 pemenang akan dipilih berdasarkan point terkumpul tertinggi. Permainan yang diperkenalkan oleh syarikat insurans ini diberi nama Turning Point.

Aku sendiri telah mencuba permainan ini dan jika dibuat perbandingan dengan permainan CIMB  suatu ketika dahulu, rasanya cara permainannya adalah lebih kurang sama, di mana kita perlu mengklik buah dadu berbentuk piramid dan pergerakan berdasrkan berapa mata yang kita peroleh. Cuma yang membezakannya, hadiah utama permainan ini terbuka kepada umum tanpa perlu ada polisi insuran dengan syarikat AXA ini, berbanding permainan CIMB yang lebih mengutamakan pemegang akaunnya.

 

Permainan ini mempunyai 4 peringkat iaitu ketika bujang, berkahwin, mempunyai anak dan tua. Mungkin ini perlambangan sebagai kehidupan kita dalam merencanakan perjalanan hidup pada keempat2 zaman. Aku baru jer selesai pada zaman bujang.

Satu pusingan permainan ini berjalan selama 5 minit…so kita kena banyak lakukan pusingan untuk mengutip banyak point. Setiap kali berhenti pada petak, kita akan diuji dengan 3 cabaran iaitu memperoleh pendapatan, perbelanjaan dan kejutan,tugas wajib serta trivia. semasa aku mencubanya tadi, apa yang aku dapat fahami, markah bukannya diberi mengikut berapa banyak jumlah duit yg kita mampu kumpul tetapi dinilai dengan cara kita mengatur hidup sihat. Maksudnya tidak boleh terlalu boros dan juga tidak boleh terlalu kedekut. Meter akan menunjukkan tahap hidup kita. Jika hampir separuh meter dalam kawasan jingga boleh menyebabkan kita terkeluar.

Teruja dengan permainan ini. Apa lagi , layari sekarang laman web AXA dan buatlah pendaftaran untuk mencuba nasib anda merebut RM50,000.

Salam hormat. Selamat mencuba dengan penuh keseronokan.

 sumber: Harian Metro

 

 

Popularity: 24% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark