Pembaca yang dihormati,

Mungkin minggu ini cerita panas dan sensasi adalah tentang pengunduran Tun Dr. Mahathir bekas mantan Perdana Menteri yang telah membuat pengumuman keluar daripada parti UMNO. Aku yakin banyak blog membuat ulasan tentang isu ini semalam. Aku teruja juga nak buat satu post tentang isu Tun M ini, namun tak berkesempatan.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara….kata Tun Dr. Mahathir

Sebenarnya, agak lama jugak aku tak menulis kat sini dan post terakhir aku pada 14 hb yang lalu. Pada malam 15 Mei aku membuat sedikit draf untuk post sempena hari guru….tapi aral menghalang aku untuk menyiapkan post tersebut.

 

Pada malam tersebut ketika aku sedang berYM dengan zool liga kampung, tiba2 anak bongsu aku yang demam panas ketika itu bertambah panas suhu badannya. Aku mengelap2 badannya dengan kain basah…namun kurang berjaya untuk menurunkan suhu badannya. Aku cemas, lantaran seminggu sebelum itu, anak aku telah dimasukkan ke wad juga kerana demam panas. Aku terus membawanya sekali lagi ke hospital dan sekali lagi anak aku ditahan di wad kanak2.

Dek kerana itu, fikiran aku sedikit terganggu dan aku perlu berikan lebih tumpuan kepada anak bongsu aku. Walaupun sering teringat akan blog aku, namun aku tak dapat memberi sepenuh perhatian dan hari ini…alhamdulillah, berkat doa yang diberikan oleh rakan cyber aku dan ikhtiar2 yang lain….kesihatan anak aku kembali seperti kebiasaan.

So…..lama tak menulis, hari ini aku tulis apa saja yang aku rasa nak tulis. Nak menulis tentang pendapatan internet, masih lagi kebuntuan idea. Nak tulis tentang politik semasa, cam malas jer so aku pun tak tahu apa yang patut aku tulis. Yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni……. sekadar menulis untuk updatekan blog aku jer.

Semalam satu hari aku kerjakan sebuah blog customer aku. Baru jer berjaya disiapkan. Yang peliknya, dia nak blog yang ala2 laman web. Kalau laman web betul dia tak nak pasal susah nak edit katanya…kalau blog bolehlah dia cuba edit2kan. Korang tengoklah hasil kerja aku yang ni… pagi ke malam aku menyiapkannya.

Oklah, cukup setakat ini dahulu, aku nak meronda2 blog kengkawan yang lama aku tak jenguk. Jumpa lagi semoga sihat sokmo.

Salam hormat

 

 

Popularity: 20% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark