Rakan2 yang budiman,

Terima kasih buat korang semua yang mendoakan kesihatan anak bongsu aku. Alhamdulillah, gelak tawanya seperti hari2 yang lalu dan mood aku juga kembali seperti hari2 yang lalu. Semalam ayah aku ada menelefon aku dan tanyakan cucu2nya…amacam balik tak cuti sekolah ni :) ??

Sebaik sahaja perbualan aku ngan ayah aku berakhir aku, aku terfikir untuk postkan kampung aku kat blog. Siapa lagi yang nak promosikan kampung aku, kalau bukan aku yang dilahirkan di sana. Takkan aku nak suruh Titan atau pun JohnChow mempromosikan kampung aku…kan,kan!! Yang kat atas tu menunjukkan lokasi kampung aku pada peta dunia. Terletak di negeri Terengganu dan berhampiran dengan pusat pentadbiran daerah Dungun.

Aku bangga dengan kampung aku kerana disekitarnya terdapat banyak lokasi yang menarik untuk dilawati. Lokasi pertama yang ingin aku perkenalkan ialah Tanjung Gadong. Jika korang pernah belajar di UiTM Dungun, pasti korang tahu akan lokasi ini. Terletak bersebelahan UiTM Dungun dan seringkali menjadi lokasi memadu asmara samada daripada penduduk setempat ataupun pelajar2 UiTM.


gambar diambil daripada http://akulelakiitu.multiply.com

Lokasi kedua yang ingin aku maklumkan kepada korang ialah Pantai Teluk Bidara. Pantai ini tidak jauh daripada rumah ayah aku dan pantai ini seringkali aku pergi baik sebelum aku berumah tanggamahupun sekarang. Kejernihan airnya dan ketenangan suasana membuatkan aku selesa menikmati sarapan pagi di pantai ini bersama keluarga aku setiap kali aku pulang ke kampung aku.

 

 

gambar daripada mazudi.com

Lokasi terakhir yang ingin aku perkenalkan ialah Tanjung Jara Beach Resort. Aku pernah bekerja di sini selama satu hari jer…. tak sesuai ngan jiwa aku. Lokasi ini pada aku mungkin telah terkenal di serata dunia kerana Michael Schumacher pernah menginap di sini suatu ketika dahulu sebelum berlumba di Sepang. Selain itu, Tanjung Jara juga pernah beberapa kali memenangi award di peringkat dunia dan yang terbaharu, yahaya mamat..57 tahun, tukang urut tradisional Spa Village Tanjong Jara telah menerima Anugerah Spa Paling Inovatif dalam acara penyampaian Anugerah Spa and Wellness Tatler UK 2006

 

 

 

 

 

So, sempena cuti sekolah ini, jika korang belum lagi membuat pilihan destinasi pelancongan….. maka aku dengan bangganya menyarankan korang bercutilah ke dungun, terengganu. Selain lokasi yang aku nyatakan, korang jugak boleh bercuti di Pulau Tenggol yang juga terletak di daerah dungun, terengganu.

Amacam…teruja dengan kampung aku?? Jom ikut aku balik ke kampung :)

Salam hormat

 

p.s. Amacam!! sudi belanja saya usd0.50 dengan mendownload report percuma di sini 

 

Popularity: 23% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark