Pembaca yang dihormati,

Bagaimana untuk menjadikan diri kita disukai semua orang?? Korang ada rahsia tak?? Penting ker diri kita perlu disukai semua orang?? Jika kita disukai ramai pasti ada sesuatu yang menarik dalam diri seseorang itu.

Faktor komunikasi memainkan peranan penting dalam menilai seseorang itu menyukai kita atau tidak.  Ini kerana cara komunikasi kita itu boleh mempengaruhi keadaan samada kita bakal disukai ataupun sebaliknya. Jika ramai yang tak menyukai kita, maka “kera sumbang” lah jadinya. Korang nak ke jadi kera sumbang?? Kalau tak nak mari kita selongkar 12 tip agar kita disukai ramai.

 

gambar ini telah diubahsuai daripada blog aizuddin 

Terlebih dahulu, untuk makluman semua tip ini bukanlah sepenuhnya daripada aku. Aku cuma tertarik dengan tip ini dan ingin sekali aku praktikkan mana yang kurang pada diri aku. Terlanjur aku punyai blog….. alangkah baiknya kalau tip daripada majalah nur ini aku kongsikan buat semua pengunjung sengaja dan pengunjung tidak sengaja ke blog ini :)

Bagaimana membuat bini orang lain suka kepada kita?? 

1. Kita sendiri mesti bersikap ringan tulang

Biasanya orang yang pernah menerima pertolongan kita pasti akan menyukai kita. Dia akan mengingati setiap pertolongan kita dan menaruh kepercayaan tinggi terhadap kita. Membina kepercayaan adalah antara perkara penting untuk menjadikan diri disukai orang lain.

2. Jadilah orang yang jujur, ikhlas dan berhati baik

Tiada siapa yang tidak menyukai sifat baik begitu..kan!! Tetapi jangan pula sampai bersandiwara atau berdrama swasta. Ingat…apabila orang lain tahu kita hanya berlakon, pasti orang itu akan membenci kita seumur hidupnya.

3. Kurangkan berlagak pandai dan banyak cakap

Terlalu tunjuk pandai dan terlalu banyak bercakap. Sudah tentu memungkinkan kit banyak melakukan kesilapan. Confirm..orang tak suka.

4. Belajar banyak mendengar berbanding bercakap

Pikat hati orang lain dengan memberi peluang dia untuk bercakap. Sememangnya sikap manusia suka mendengar suara sendiri dan suka kepada orang yang membenarkan dia mendengar suaranya sendiri.

5. Jadikan diri sendiri seorang yang menarik apabila kita bercakap dengan orang lain

Antaranya pelajari teknik bercakap dan teknik yang betul ketika memberi pujian. Selalulah ucapkan kata2 penghargaan. Tetpi janganlah terlalu banyak memberi pujian yang todak kena pada tempatnya. Nanti orang lain ingat kita nak mengampu atau membodek pulak!!

6. Apabila berbual jangan tunjukkan kita amat berminat terhadap diri sendiri

Ada orang yang suka bercakap “saya  ..saya  …saya  …semuanya mengenai dirinya sendiri. Asyik2 dia jer. Aku pun bosan kalau dapat kawan cam gini ekk.

Aku tak larat ahh nak sambung lagi 6 tip. Jadi aku berenti kat sini dulu ekk dan 6 tip itu aku akan sambungkan pada Jumaat depan. Jadi, jangan lupa pertemuan kita pada jumaat depan untuk sambungannya nanti.

Kesimpulannya, untuk 6 tip pertama ini mana satu yang kena kat korang?? Ada ker…komenlah sikit. Tak ada yang kena…..baguslah camtu tapi kongsilah kat kengkawan yang lain petuanya tu..

Mohon berundur diri

Salam hormat

 

Popularity: 19% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark