Semoga kalian sihat selalu,

Sebelum aku bercerita tentang rahsia tu…. terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari lahir buat semua rakyat Malaysia yang lahir pada tanggal 01 Jun teristimewa buat isteri isteri aku. Aku pasti korang teruja dengan tajuk tu terutamanya dengan perkataan buat “DUIT”. Lainlah kalau korang dah jutawan atau hartawan atau korang tak berminat ngan duit.

 

Ok… mungkin korang terkejut mengapa secara tiba-tiba menulis dengan tajuk entri sedemikian. Lapangkan minda korang dan buangkan tanggapan negatif (jika ada) yang bersarang tentang tajuk entri ini.

AMARAN aka NASIHAT: Jangan skip pembacaan korang.

Baiklah, seperti biasa dan kebanyakkan blog tidak akan memaparkan isi sebenar pada frontpage entri, so klik sambungan entri ini untuk mengetahui rahsia tersebut.

Terlebih dahulu, rasanya mungkin antara korang ada yang biasa terjumpa dengan ayat tajuk entri aku tu. Pada carian engin google memaparkan 977,000 website/blog yang menggunakan keyword “buat duit”.

Baiklah, aku mulakan cerita sebenar berkaitan entri aku hari ini. Selepas aku berYM dengan budak ajaib ni..lebih kurang dalam pukul 10.30 aku kuar minum dan pabila aku sampai semula di rumah…. aku ambil sebuah majalah dan terlihatlah akan aku pada satu iklan tentang “Rahsia…………………. di Rumah” (Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul).

Timbul pertanyaan dalam kepala otak aku, rasanya iklan ni selalu aku jumpa kat mana2 majalah kat Malaysia ni. Jika dibacakan pada sales letternya memang aku boleh kategorikan “membunuh”.

Yang aku ingin tanyakan dan kongsikan dengan korang…. apakah benar2 berkesan program yang disuggest oleh ownernya DYNAMIC MAIL ENTERPRISE. Secara ikhlas aku tidak teruja untuk menyertai programnya itu…cuma di sini, aku ingin bertanyakan pandangan korang tentang program tersebut yang menawarkan 2 pakej (Pakej Asas-RM59.99 dan pakej starter kit lengkap -RM199.99 )

Napa ekk..ownernya tak gunakan medium internet untuk promosi programnya???

Mungkin dikalangan korang ada yang pernah, sedang dan bercadang2 menyertai program ini. Kepada yang pernah dan sedang ataupun tahu akan cerita Rahsia Buat Duit dari Rumah ini….apa kata kongsikan di sini. Mungkin pengalaman dan pandangan korang dapat menjawab pertanyaan rakan-rakan kita yang lain.

k…. permisi n let’s gone “kata Nabil..”

Salam hormat

P.S. Ada RAHSIA LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA untuk anda sempena ulangtahun pertama kelahiran anak bongsu saya pada 06.06.08

Popularity: 23% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark