Pembaca yang dihormati,

Cerita hari ini adalah sambungan daripada topik yang lalu. Kepada sesiapa yang belum menbacanya lagi boleh lihat dan baca di sini. Untuk hari ini aku akan sambungkan tip yang ketujuh, bagaimana untuk disukai ramai.

Untuk tip yang ketujuh Gunakan Gaya Positif. Maksud gaya positif ialah tidak menggunakan perkataan negatif dan juga tidak bersikap menunjuk pandai yang mana orang lain semuanya tak betul.

 

8. Pandai Ikut Rentak

Bersetuju dengan sikap serta pandangannya dan juga menghargai ideanya. Tunjukkan juga kita punyai sikap dan nilai yang sama dengannya.

9. Tunjukkan kita seorang yang bertenaga, aktif dan bersemangat

Dah tentu korang tak boleh tunjukkan sikap yang pemalas, lesu atau letih. Sentiasa menunjukkan semangat yang tinggi dalam sesuatu perkara yg dibincangkan serta memberi penerangan yang jelas dan terang apabila bersuara.

10. Jangan Asyik Gembirakan Diri Sendiri

Jangan sesekali memandang ke arah lain apabila berbual dengan seseorang. Cuba tunjukkan bahawa kita berminat dengan apa yg diperkatakannya. Sambut dengan senyuman atau ketawa apabila dia buat lawak. Lagi satu……jangan menyampuk atau mencelah semasa rakan anda memperkatakan sesuatu.

11. Berdoa

Senjata yang paling berkesan. Berdoa dan meminta agar kita sentiasa disukai ramai, matang dalam pergaulan. Dengan berdoa, secar tidak langsung kita dilindungi oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

12. Untuk tip kedua belas ni..boleh tak korang bagi idea atau tips tersendiri untuk melengkapkan tip ke 12 ini. Ayuh, sama2 kita bincangkan :)

Semoga korang semua sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki hendakNYA .

Salam hormat

Popularity: 21% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark