Pembaca budiman,

T
erima kasih buat semua yang masih sudi menjadikan blog ini sebagai salah satu destinasi kunjungan setiap kali korang melayari internet. Post untuk hari mungkin agak ringkas dan ianya lebih kepada perkongsian maklumat dan pertanyaan pendapat daripada korang semua.

Pada post aku sebelum ini…ada satu komen daripada pelawat blog aku ini yang mempromosikan tentang program PKUmmah melalui komennya. Susulan itu juga, aku perhatikan ada beberapa pelawat yang ke blog ini melalui carian “www.pkummah.com”

Setelah melayari program tersebut, ada beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya dan justeru itu aku panjangkan hal ini melalui post aku ini. Antara yang menjadi tanda tanya ialah:

1. menggunakan hosting percuma

2. moderatornya ( Adi Ramli )yang seakan mirip salah seorang penggiat aktif SwissCash suatu ketika dulu.

3. Yuran keahlian Rm2000 dan pulangan Rm500 sebulan walaupun program ini diwarkan bukan sebagai program pelaburan

Itulah 3 persoalan yang bermain di minda aku selepas melayari web program tersebut. Aku tidak akan mengulas panjang tentang program ini pada post ini cuma apa yang aku harapkan daripada korang semogadapat kita kongsikan sesuatu di sini samada yang berunsur positif ataupun negatif. Layari program PKUmmah di sini.

Salam hormat

Popularity: 25% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark