Pembaca yang dihormati selalu,

Berita gembira buat kita semua yang gemar menonton TV dan bukannya yang gemar Belajar SEO. Bermula 23 Jun yang lalu, sebuah syarikat perkhidmatan tv berjalur nipis lebar yang dikenali sebagai SyQic Capital Sdn Bhd telah membangunkan Yoonic. Apa itu Yoonic???

Yoonic menawarkan 25 saluran tanpa caj sebagai permulaan, Yoonic menyediakan variasi pilihan tayangan filem, program televisyen popular, sukan, rancangan kanak-kanak serta pengisian rancangan atas cadangan pengguna.

Apa yang bestnya dengan Yoonic ni, macam2 ada. Bukan setakat siaran dalam negara dan luar negara, permainan interaktif dan membeli belah melalui online.

Cukuplah dulu tentang Yoonic ni, aku pun baca kat Berita Harian versi Kompak jer tadi… mungkin berita harian online ada kot. Aku malas nak cari pasal berita ni. Berita tentang Yoonic ni pun aku tulis sebagai menggantikan post tentang Ammar Zahar yang telah hilang daripada Database dek kerana pindahan server. Ada pertembungan di situ. So Ammar, tunggu sehari dua lagi aku ulas semula pasal ngko :)

Oklah aku nak try download Yoonic Tv ni….. kepada korang yang nak download jugak ikuti langkah2 di bawah

Muat turun pemain Yoonic

Untuk mengakses, pengguna perlu memuat turun perisian pemain Yoonic dengan melakukan langkah berikut menerusi laman Yoonic TV.

  • Daftar maklumat pengguna serta pilih nama login dan password
  • Klik tab muat turun
  • Laman pemasangan akan kelihatan dan klik ikon (install)
  • Tunggu sehingga proses muat turun selesai dan ikon Yoonic akan kelihatan di skrin
  • Untuk memulakan, klik pada ikon Yoonic
  • Isi login dan password untuk menikmati pilihan program yang ditawarkan.
  • Salam hormat dan jumpa lagi

    Popularity: 22% [?]

    fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
    Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
    Sardinia Flights Flights to Malaga

    Share/Save/Bookmark