Tetamu budiman,

Post untuk hari ini adalah post yang aku tulis pada 6 Julai…tetapi dek kerana hilang daripada database, aku terpaksa gagahi semula otak aku untuk menaip post ini. Mengapa aku sanggup berbuat sedemikian?? Jawapannya kerana post ini adalah post untuk satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh saudara Ammar Zahar sebagai mempromosikan diri belaiu sendiri dan secara tak langsung mempromosikan blog dan juga servis beliau.

Kalau korang masih ingat, post itu sempat dikomen oleh saudara Titan atau lebih dikenali sebagai pakar edisi siasat buatan Banting. Jangan marah ekk,nanti aku belanja cupcakes kat ngko :)

Siapa Ammar Zahar?? Adakah beliau kenalan kepada remaja popular Malaysia masa kini iaitu Si Saiful Bukhari...oh,tidak!! Apakah beliau ada kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian Balasubramaniam…. Oh, juga tidak !!! Untuk pengetahuan korang, Ammar Zahar bukanlah nama sebenar beliau sebagaimana aku juga. Nama tersebut hanyalah sekadar nama pena beliau. Berasal dari Johor dan sekarang menetap di Negeri Sembilan. Walaupun masih lagi memegang status Siswa, itu semua bukanlah halangan untuk beliau terus sukses dalam bidang internet ini. Untuk maklumat lanjut tentang beliau, boleh intai2 kat sini.

 

Apa yang istimewa Ammar Zahar ni ekk?? mesti ada sesuatu yang dirasakan istimewa sehingga beliau sanggup membuat contest untuk memperkenalkan diri beliau sendiri. Sebenarnya, aku pun tak kenal sangat Ammar Zahar ni dan mungkin Ammar Zahar juga tak mengenali aku. Cuma aku pernah terpandang namanya di laman forum JomBincang. Setelah aku ke blog beliau, barulah aku tahu yang “mamat” ni punyai kemahiran membina laman web dan juga grafik. Aku rasa kemahiran itulah yang beliau sandarkan pada blog beliau blog perniagaan internet.

Jika pada post hilang yang lalu, aku memberi komen tentang themes blog beliau yang pada aku agak menampakkan kesuraman. Namun setelah aku melayari blog beliau sebentar tadi….. themesnya telah bertukar. namun begitu, konsepnya masih lagi sama iaiatu menggunakan 2 column dan sidebar di sebelah kanan. Themes kali ini lebih menampakkan keceriaan kerana header yang digunakan berwarna agak ceria dengan pemilihan warna jingga dan berlatar belakangkan warna gelap. Diharapkan beliau dapat terus menyampaikan informasi bermaklumat berkaitan niche yang telah beliau pilih. Nasihat aku di sini, jika beliau inginkan trafik ke blog beliau sudah tentu faktor konsistensi dalam menulis blog penting iaitu selang masa antara satu post dengan post berikutnya tidak terlalu lama.

Perkara kedua yang ingin aku perkatakan tentang beliau di sini adalah berkaitan dengan produk percuma beliau iaitu Rahsia Squeeze Page.

 

Secara jujurnya, ebook ini sungguh berbaloi untuk korang muat turun. Udahlah diberi percuma, tetapi kandungan ebook tersebut begitu detail penjelasannya dari bab ke bab. Ketika membacanya, aku merasakan seolah2 membaca sebuah ebook yang berbayar. Jika aku yang menghasilkan ebook tersebut, aku tidak sanggup memberikannya secara percuma. Bukan mudah menterjemahkan ilmu ke dalam sebuah ebook, kerana ianya sudah pasti memerlukan pengorbanan bersengkang mata untuk menghasilkannya dengan begitu kemas dan teratur.

Namun begitu, mungkin wang ringgit bukan nilai ukuran beliau pada permulaan beliau untuk menempatkan dirinya sendiri sebaris dengan IM yang ada. Jika wang ringgit bukan hasilannya, sudah tentu ebook tersebut dihasilkan untuk beliau mengumpul seberapa ramai mailing list. Beliau mungkin mempromosikan ebook tersebut untuk tujuan strategi jangka panjang beliau.

Jika korang masih ragu2 untuk memuat turun ebook tersebut, aku ceritakan secara kasar apakah kandungan ebook tersebut.

Pada bab pengenalan, ebook tersebut menerangkan kepada kita tentang apa itu Squeeze Page serta fungsinya. Dalam bab ini juga, korang akan dapat mengetahui tools yang perlu ada dan bagaimana untuk menghasilkan Squeeze Page.

Berpindah kepada bab pertama, ebook ini memberi tunjuk ajar bertulis dan bergambar bagaimana proses membeli hosting. Ilustrasi dan penerangan yang ditunjukkan berdasarkan sempoi hosting dan juga Namsahaz.

Dalam bab kedua, korang akan diberi tunjuk ajar pula tentang Autoresponder. Pengenalan autoresponder dan cara membeli autoresponder.

Untuk bab seterusnya, ebook ini mengajar kita cara2 membina Squeeze Page dengan menggunakan Dreamweaver CS3. Penerangannya begitu detail sekali dan sangat mudah untuk korang ikuti. Tidak cukup dengan itu sahaja, penulis ebook ini juga sanggup memberi tutorial menggunakan perisian percuma NVU. Ini kerana, penulis beranggapan tidak semua memiliki perisian berbayar DW CS3.

Untuk bab terakhir, penulis ebook ini memberi tunjuk ajar cara2 untuk mengupload fail2 ke server. Berakhirnya penerangan tersebut, maka berakhirlah pembacaan korang tentang Rahsia Squeeze Page.

Selamat memuat turun dan semoga perkongsian ilmu daripada Ammar Zahar dapat kita praktikkan untuk kebaikan bersama.

Salam hormat daripada saya

Popularity: 25% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark