Pembaca yang dihormati,

Mungkin ramai yang dah tahu tentang apa yang ingin aku maklumkan ni… berkenaan dengan perjumpaan pertama komuniti WangCyber. Perjumpaan yang pertama kali diadakan ini, mungkin akan disertai oleh ramai otai2 IM Malaysia, so peluang inilah aku ambil untuk bersama2 walaupun jarak rumah aku ke lokasi agak jauh dan mungkin mengambil masa 3 jam untuk sampai.

Julung-julung kalinya, setalah hampir 3 tahun ditubuhkan, wangcyber.com yang terkenal sebagai sebuah komuniti usahawan internet di malaysia. akan mengadakan “official gathering” untuk ahli-ahlinya pada 3 Ogos 2008 ini, bertempat di Bukit Jalil Golf & Country Resort.

Kepada para blogger, aku merekemankan korang menghadiri gathering tersebut terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor termasuklah Banting….. kerana Ipoh jaraknya lebih jauh berbanding Banting… amacam Titan ???? Nanti boleh kenal2 ngan aku, walaupun aku tak terkenal sangat :)

Butiran lanjut mengenai gathering tersebut adalah seperti berikut.

WC 1st Gathering 2008
Tarikh : 3 Ogos 2008
Masa : 2 ptg - 6 petang
Tempat : Bukit Jalil Golf and Country Resort (klik disini untuk peta)

Aturcara majlis:

2.00 - 2.45ptg - Registration & networking
2.45 - 3.00 ptg - Ucapan alu-aluan oleh founder WC
3.00 - 4.00 ptg - Mini forum (Perniagaan internet.. antara realiti & fantasi)
4.00 - 4.15 ptg - Ucapan oleh “Special Guest” , Dr. Irfan Khairi
4.15 - 5.30 ptg - HiTea & networking
5.30 - 6.00 ptg - Sesi gambar & bersurai.

Yuran Penyertaan: RM40 (WC300) , RM50 (Ahli biasa)

Perjumpaan pertama kali ini, hanya dibuka kepada 100 sahaja dan sehingga kini, baru 27 peserta telah mendaftarkan diri…. saranan aku, rebutlah peluang sebelum peluang itu melayang entah ke mana menghilang.

  1. Shuth - www.mohdsuhaimy.com
  2. Sabri Saifulsham - www.saifulsham.com
  3. Yusry Jom Seminar - www.jomseminar.com
  4. Osman Affan - www.osmanaffan.com
  5. Fai - www.IMmalaysia.com
  6. Catzer - www.catzer.com
  7. Hasrul - www.hasrul.net
  8. Badruzamani - www.badruzamani.org
  9. Alang - www.szab.net
  10. Waidakmy - www.waidakmy.com
  11. Kodin - http://kodin.blogspot.com
  12. AzmanZainal - www.azmanzainal.com
  13. Ramfir - www.rammelfirdaus.com
  14. Fauzul - www.fauzulnaim.com
  15. Zhafran - www.flarebiz.com
  16. Gobala & 2 friends - www.internetmillionaires.com.my
  17. Deen - www.SimplyTranslate.net
  18. AfzaiAfandi - www.afzaiafandi.com
  19. Ubi - www.kartunisubi.com
  20. alhafiz3d - www.peng-u.net
  21. mzakimy - www.JomTraining.com
  22. noorizam - www.noorizamshah.com
  23. dynn - www.dynn.org
  24. labanon - www.teamflarebiz.com
  25. syed ikhwan - www.jomseminar.com
  26. azuzafu & kawan - www.digital-apprentice.com
  27. abg_x - www.aridztech.com

Untuk maklumat lanjut pendaftaran, kepada yang berminat sila ke link ini

Salam hormat

Popularity: 24% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark