Pembaca yang dihormati,

Kebelakangan ini, ramai yang mula bergiat dengan dunia blog. Mungkin juga trend semasa atau pun memang serius untuk berblog?? bagaimana dengan korang?? ikut trend atau serius?? Baiklah soalan tu, korang jawab jer dalam hati..dan tak perlu maklumkan kepada aku yang bertanya. Kerana ada soalan yang lebih penting untuk korang jawab nanti…………………

Ceritanya bermula begini……… (teknik flashback) renungkan kembali semasa korang mula berblog dahulu kala. Mungkin ramai yang bermula dengan blog percuma….termasuklah aku. Antara penyedia blog percuma yang popular ialah blogger, blogdrive dan juga wordpress.

…Pelawat mudah membuat komen di blog berbanding blogspot…

Kebanyakan daripada kita, apabila menggunakan blog daripada hosting berbayar….kita lebih suka menggunakan wordpress berbanding blogger dan blogdrive, termasuklah aku juga. Jadi kesempatan ini, apa kata korang kongsikan alasan korang tentang keistimewaan wordpress pada pandangan mata hati korang?? Mengapa suka guna wordpress??

Untuk aku sendiri, 5 sebab mengapa aku suka guna wordpress adalah seperti berikut :

1. Senang digunakan - maksud aku di sini ialah untuk tujuan menginstall. Ini kerana rata2 cpanel ada menyediakan installation wordpress disamping wordpress juda ada support by forum.

2. Banyak themes yang cantik2 - sememangnya aku penggemar themes dan bila2 masa saja kita boleh ubahsuai themes blog kita kerana banyak themes yang boleh kita peroleh secara percuma.

3. Boleh guna plugin - so tak payah nak pening2kan kepala untuk mereka cipta script. Banyak plugin percuma boleh kita dapati..buat carian aja,berkenandan terus install.

4. Mesra pelawat - pelawat mudah membuat komen di blog kita berbanding blogspot yang aku rasa tak mesra pelawat.

5. Ramai yang guna wordpress - oleh sebab, rata2 blogger menggunakan wordpress, jadi aku pun terikut sama untuk menggunakannya pada mula2 aku berblog.

Itulah, 5 sebab mengapa aku suka wordpress……… sekarang apa kata korang pula meriahkan kolum komen aku dengan alasan korang yang tersendiri pula. kalau ada persamaan pun tak mengapa.

Salam hormat

Popularity: 28% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark