Salam Olimpik,

Baru jer selesai menonton perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik antara Chong Wei dan Lin Dan. Seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada Chong Wei, namun apakan daya Chong Wei tidak berjaya menyerap tekanan perlawanan akhir. Permulaan set pertama sudah menunjukkan aksi garang Lin Dan dan mendahului Chong Wei dari awal hingga akhir perlawanan set pertama yang berkesudahan Chong Wei kalah dengan kiraan mata 12 - 21.

Tamat set pertama, pasti ramai yang mengeluh dengan aksi Chong Wei yang aku lihat agak kurang menjadi sebentar tadi. Mungkin bebanan yang dipikul terlalu berat untuk beliau tumpukan sepenuh strategi tatkala mental terfikir kilauan emas dan imbuhan RM1 juta.

 

gambar hakmilik www.mediasukan.com.my

Set kedua diteruskan dan dengan pantas Lin Dan memungut 4 mata pertama sehinggalah ke mata 8 Chong Wei masih belum mampu memungut mata pertama untuk set kedua. Aku lihat Lin Dan begitu gagah dan menguasai segenap gelanggang disamping semangat daripada penonton tempatan. Akhirnya, Chong wei terpaksa akur dengan ketangkasan dan kehebatan Lin Dan dengan aksi2 mengelirukan. Kekalahan 8 - 21 pada set kedua menobatkan Chong Wei sebagai pemenang pingat Perak acara badminton untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Rasanya Chong wei sajalah yang mampu membawa sebutir pingat untuk negara Malaysia setelah atlet2 lain kecundang lebih awal.

Walaupun status jutawan dan emas pertama tak tercapai, aku sebagai rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya ke peringkat akhir dan menyelamatkan maruah negara Malaysia dari pulang dengan tangan kosong.

Mungkin sebutir lagi pingat akan diperoleh jika pasangan beregu muda negara Farizuan dan Zakry mewakili Malaysia dan menggantikan tempat Tan Fook/ Wan Wah… Apakan daya semuanya telah berakhir.

Amacam pandangan korang tentang perlawanan akhir Chong Wei vs Lin Dan??

Salam hormat

 

Popularity: 18% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark