Pembaca Budiman,

Secara umumnya, hobi merupakan satu aktiviti yang kita lakukan pada masa lapang atau masa2 terluang. Jika semasa kecil dahulu mungkin hobi bermain guli, main congkak dan macam2 hobi lagi. Hobi bukan sesuatu yang boleh kita paksakan diri kita untuk melakukannya tetapi hobi ini timbul dalam diri kita melalui minat kita sendiri.

Sekarang, menjadikan hobi sebagai salah satu sumber pendapatan bukanlah perkara yang luar biasa ataupun dianggap pelik dan tak masuk dek akal. Selain mengisi masa lapang, secara langsung hobi yang kita lakukan itu dapat mengembangkan bakat sedia dengan lebih berkesan lagi.

Melayari internet adalah salah satu hobi generasi hari ini termasuklah aku. Kali pertama mengenali internet ketika tahun 1998. Ketika itu setiap hari aku melayari internet semata2 untuk “chatting” dan sehinggalah kini, aku masih lagi aktif melayari internet tetapi bukan untuk chatting semata2 tetapi membina pendapatan sampingan aku daripada hobi aku itu.

Pelbagai dan bermacam2 jenis hobi yang boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan kita. Apa yang penting adalah minat dan kesungguhan dalam diri kita sendiri. Daripada minat itu tersimpan lama dalam diri kita mengapa tidak kita adaptasi minat itu kepada sumber pendapatan. Hari ini telah ramai membuktikan bahawa hobi sememangnya boleh menjadi pendapatan kita.

Bagaimana pula dengan korang?? tentu korang juga ada cerita yang boleh dikongsikan berkaitan dengan hobi korang yang telah berjaya menjadi pendapatan.

Salam hormat,

Popularity: 19% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark