Pembaca dan tetamu yang dihormati,

Sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita. Kalau sebelum ini harga minyak naik secara tiba2 dan kali ini harga minyak akan turun secara tiba2 juga. Mengapa aku katakan tiba2… kerana sebelum dinaikkan harga minyak, kerajaan memaklumkan tidak akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya dan terbaru kerajaan memaklumkan akan mengumumkan harga minyak baru pada 29hb Ogos.. Apapun, sebagai pengguna aku amat bersyukur dalam hal ini.

Sebagaimana Allah menjadikan sesuatu itu mesti bersebab dan begitulah manusia, sesuatu yang terjadi pasti punyai sebab musabab. Kerajaan pasti ada sebab musabab mengapa harga minyak diturunkan mulai esok.

 Apa yang aku perhatikan sekarang, negara kita semenjak pilihanraya tempohari sehingga sekarang, tidak putus2 dihujani dengan pelbagai isu hangat dan peristiwa sensasi. Bermula dengan pemerintahan bertukar tangan di 4 buah negeri, disusuli dengan isu DAP, isu harga minyak naik, isu Anwar meliwat lagi, isu Najib yang dikaitkan dengan Althantuya, debat anwar ibrahim, isu sumpah Saiful Bukhari, Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan terkini harga minyak turun.

Berbalik kepada penurunan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita di mana harga petrol daripada RM2.70 turun kepada RM2.55 dan harga diesel daripada RM2.58 kepada RM2.50. Apakah ini hanyalah permainan politik?? Perdana Menteri kita mungkin punyai jawapan untuk menjawab pertanyaan banyak pihak. Pada aku, hal ini melegakan rakyat khususnya dan aku juga berharap agar harga bagi barang2 pengguna yang lain turut turun harganya.

Janganlah bila harga minyak, barang2 semua nak dinaikkan sahaja tapi bila harga minyak turun tidak pula hendak diturunkan.

Mungkin korang punyai jawapan tersendiri tentang penurunan harga minyak ini??

Salam hormat

P.S. Nantikan 2 peristiwa penting pada 26 Ogos ini dan 29 Ogos ini.

Popularity: 23% [?]

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Share/Save/Bookmark