Salam Jumaat buat pembaca budiman,

Memang aku malas hari ini setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja2 offline aku. Terasa beratnya kepala dan bahu aku memikul beban tugas. Dek kerana aku pun takder isu nak buat entry, aku layan jerlah tag ni.. hehe. Apa yang aku tahu tag ini dari Titan dan dipanjang ke NR Yummie. So dari NR Yummie tag ini datang kepada aku.

Tag ini secara keseluruhannya berkaitan dengan hari raya. Apa yang dilakukan, jawab soalan2 tag tersebut.

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Tahun ni tahun gemilang NR YuMmiE tapi bukan gemilang untuk aku. Sebagai bapa, aku tumpang gembira jer…bila melihat anak2 dan anak mak mertua aku gembira. Cukup dengan sepasang baju Melayu dan sehelai baju kemeja serta 2 helai Levis :)  Tema tahun ni purple.

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?

Aku kalau hari raya tak dapat ketupat goreng cicah ngan rendang…mahu meleleh air liur aku 7 hari 7 malam.

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku

Tak suka sangat dengan biskut Raya….  kalau yang ada pedas2 sikit aku sukalah.

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?

Titan dapat RM412.50 ????? Banyak tu…. Sapalah nak bagi duit raya kat aku. Tahun ni macam tahun2 lepas aku spend RM300 untuk sedara mara + budak2 yg tak kenal datang beraya kat umah. Untuk ibu, ayah, ibu mertua dan bapa mertua kena spend jugak. So Titan…. simpan banyak2 sebelum ko kahwin coz lepas kahwin ko kena banyak spend.

5. Aktiviti Malam Raya Aku?

Pi jalan-jalan ngan mrs tengah malam cari butang baju melayu anak, tengok kut-kut ada buat sale runtuh untuk biskut raya (haram tak de pun !). Pahtu carikan 4 pasang baju Melayu untuk bibik aku. Katanya nak buat balik Indon. Tolak duit gaji saya yer pak!!

6. Mangsa Tag Hari Raya ini jatuh kepada 10 orang..

Akan aku maklumkan kemudian… hehehe

Salam hormat

Popularity: 24% [?]

Search your domain name wishing to have. Get Free NOW!!