Archive for the ‘Adsense’


Published December 9th, 2007

Catatan Hujung Minggu

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Pembaca yang budiman

Bagaimana dengan hujung minggu anda? Tentu menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang telah korang rancangkan. Semoga korang bergembira dan mendapat kepuasan dari aktiviti yang korang laksanakan tersebut.

Untuk hari ini, aku nak kongsikan sedikit ‘review’ daripada program2 yang aku sertai di internet ini.

Pertamanya, pada 7 December….. melalui email aku telah dihubungi oleh pihak Nuffnang dan isi emailnya seperti berikut

 

(more…)

Popularity: 41% [?]

Published November 23rd, 2007

Syor Saya Untuk Newbie

Pembaca yang dikasihi

Dua hari berada dalam kemurungan. Mungkin apa yang AbdFatah rasa suatu ketika dulu sama seperti apa yang aku rasa. Masalah bandwidth limit. Bagi mengatasi masalah ini, aku telah upgradekan pakej hosting aku kepada yang lebih besar bandwidth agar perkara yang sama tak akan berulang lagi. Ini adalah kali kedua blog aku menghadapi masalah ini. “Sediakan Payung Sebelum Hujan”.Terima kasih Cik Sue atas kerjasama baik dan melayan panggilan dan email saya dengan penuh kelembutan suara :) Mohon kemaafan kepada semua.

Baiklah, aku tak ingin bercerita tentang bandwidth limit ini. Apa yang ingin aku sampaikan kali ini berkenaan peluang pendapatan dari internet. Mungkin sekarang, semakin ramai yang cuba berjinak2 dan ingin serius dalam dunia internet. Samada ingin berblog atau ingin memulakan perniagaan dari internet. Terbaru, sahabat kita Syawal telah pun bermula sebagai salah seorang blogger. Tahniah!! Setelah beberapa hari mengikuti kuliah dari aku, akhirnya terbitlah Syawal dot Net. Bermula dengan rasa kecintaan dan keikhlasan, pasti suatu hari nanti anda akan tahu bagaimana pula untuk mencipta pendapatan dari internet??

Memetik bidalan Shuth (salah seorang otai internet) yang berbunyi “Alang2 menulis blog biar sampai dapat duit” adalah bertepatan dengan jiwa aku. Walaupun mungkin pada peringkat awal kita belum mencapai ‘Target Rich’ sekurang2nya hasil pendapatan yang sedikit itu boleh menampung bil2 internet ataupun paling tidak boleh menampung top-up prepaid korang.

Untuk pengetahuan oldnewbie, antara program yang boleh kita lakukan untuk mula mencipta pendapatan dari internet adalah program affiliate, program google adsense dan juga membuat jualan dari laman web kita. Bagi yang telah lama berkecimpung, mungkin program yg aku nyatakan itu sudah tidak asing lagi tetapi bagi newbie mungkin sebaliknya.

(more…)

Popularity: 68% [?]

Published September 25th, 2007

Mencipta Pendapatan dari Internet

Salam buat semua

Untuk minggu ini, agak lambat aku membuat post. Bukan kerana jemu, bukan kerana kekeringan idea dan juga bukan malas. Memandangkan tak lama lagi kita semua akan bercuti panjang sempena menyambut Idul Fitri, maka banyak kerja2 offline terpaksa aku siapkan sebelum datangnya cuti raya ini.

Berbalik kepada kerja2 online. Secara ringkasnya, terdapat pelbagai sumber yang boleh kita aplikasikan untuk menjana pendapatan dari internet. Rata 2 para blogger sudah ramai yang tahu dn telah mencipta pendapatan dari internet ini. Untuk post kali ini saya akan senaraikan beberapa jenis program yang boleh kita sertai untuk menambah pendapatan anda.

Program Affiliate
Program affiliate adalah program di mana anda berdaftar dengan menjadi agen kepada produk yang dipasarkan melalui laman web. Apabila ada pengunjung datang melawat laman web affiliate anda dan membuat pembelian maka anda akan mendapat komisyen atas jualan itu.

Persoalan aku mengenai program ini??

(more…)

Popularity: 56% [?]

Published August 20th, 2007

Rahsia Menjana Wang dengan Google Adsense

Bertemu kembali dan semoga semuanya sihat

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang sebuah ebook yang ditulis oleh Shamsuriyadi atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Adsense. Mendengar saja akan namanya, maka sudah tentu orangnya adalah pakar dalam bidang Adsense ini. Ebook yang berjudul “Rahsia Menjana Wang tanpa Modal dengan Google Adsense” ini akan membongkarkan segala maklumat tentang langkah2 yang perlu dilakukan untuk mendapatkan cek pertama dari pihak Google dan memperoleh cek2 seterusnya.

Bagi yang masih baru, saya akan ceritakan serba sedikit tentang apa itu Google Adsense?

Google Adsense merupakan satu program perkongsian pendapatan daripada pengiklanan di internet oleh Google. Ia merupakan satu satunya program membuat duit di internet yang memerlukan syarat kelayakan yang minimum dan anda pun boleh lakukannya!. Perlu saya ingatkan Google Adsense adalah bukan skim cepat kaya. Ia merupakan satu program yang sah di sisi undang undang. Penyertaan adalah terbuka dan percuma! Namun anda masih perlu berusaha untuk berjaya.

” Sebuah ebook yang padat dengan maklumat untuk anda adaptasikan ke dalam blog adsense anda.Anda tak perlu ragu-ragu untuk memilikinya kerana isi kandungannya lebih bernilai daripada harga yang ditawarkan.Sebuah ebook bertaraf 5 bintang.”

Afzai Afandi
Ipoh, Perak
http://www.afzaiafandi.com

Dialog di atas adalah salah satu testimoni pelanggan Raja Adsense. Untuk mendapat lebih keyakinan tentang ebook ini, anda boleh klik di sini untuk membaca testimoni2 pelanggan Raja Adsense yang lain.

Dengan Panduan Raja Adsense, anda akan diajar tentang bagaimana untuk mula membuat duit dengan Google Adsense. Ia terbukti apabila ramai anak muda yang dahulunya hanya mengunakan internet untuk chatting kini mula berminat untuk buat duit dengan Google Adsense.

Bagaimana untuk buat duit dengan Google Adsense?

  • Bangunkan laman web seperti orang lain.
  • Pohon akaun Google Adsense.
  • Letak iklan Google pada laman web.
  • Bawa pelawat ke laman web.
  • Pelawat klik iklan Google.
  • Google caj pengiklan.
  • Google membayar anda dengan cek dalam US Dollar

(more…)

Popularity: 55% [?]

Published July 9th, 2007

Rahsia Mahir Adsense

K

ali pertama terdengar tentang adsense, saya sedikit pun tidak berminat dengan program ini. Pada saya ia terlalu susah nak difahami dan banyak perkara yang perlu diketahui. Tapi saban hari terlihat sana sini di internet ramai berbincang pasal adsense. Satu hari saya pun cuba daftar program adsense ini…Lepas tu bersemangatlah letakkan code adsense tu di website dengan harapan dapat klik dan boleh dapat duit yang banyak….” kata penulis buku7 Hari Mahir Adsense.

Saya pasti ramai yang berminat dan rasa ingin tahu tentang Adsense ini.Jadi, inilah masa terbaik untuk anda pelajari adsense ini.Melalui laporan ini, anda akan mempelajari teknik menghasilkan website Adsense yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dan ianya berterusan.Laporan khas ini adalah terhad kepada 51 orang sahaja. Jadi, jangan berlengah lagi untuk dapatkan laporan khas ini kerana tawaran terhad sebegini akan ditamatkan pada bila2 masa sahaja. Daripada menyesal kemudian hari, lebih baik bertindak dari sekarang.Tindakan hari ini menentukan keputusan hari esok.

jika anda orang baru atau tercari-cari cara menguasai adsense dengan cara yang berkesan. Laporan ini memang sesuai untuk anda download sekarang

Semoga kita semua beroleh kejayaan.

Afzai Afandi

 

p.s Salam takziah buat Cikgu Maizul dot com atas kepergian neneknya ke Rahmatullah, semalam. Semoga ditempatkan bersama orang2 yang berimam.Al Fatihah.

Popularity: 34% [?]

A