Archive for the ‘Ebook’


Published July 9th, 2008

Ammar Zahar dan Rahsia Squeeze Page

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Tetamu budiman,

Post untuk hari ini adalah post yang aku tulis pada 6 Julai…tetapi dek kerana hilang daripada database, aku terpaksa gagahi semula otak aku untuk menaip post ini. Mengapa aku sanggup berbuat sedemikian?? Jawapannya kerana post ini adalah post untuk satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh saudara Ammar Zahar sebagai mempromosikan diri belaiu sendiri dan secara tak langsung mempromosikan blog dan juga servis beliau.

Kalau korang masih ingat, post itu sempat dikomen oleh saudara Titan atau lebih dikenali sebagai pakar edisi siasat buatan Banting. Jangan marah ekk,nanti aku belanja cupcakes kat ngko :)

Siapa Ammar Zahar?? Adakah beliau kenalan kepada remaja popular Malaysia masa kini iaitu Si Saiful Bukhari...oh,tidak!! Apakah beliau ada kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian Balasubramaniam…. Oh, juga tidak !!! Untuk pengetahuan korang, Ammar Zahar bukanlah nama sebenar beliau sebagaimana aku juga. Nama tersebut hanyalah sekadar nama pena beliau. Berasal dari Johor dan sekarang menetap di Negeri Sembilan. Walaupun masih lagi memegang status Siswa, itu semua bukanlah halangan untuk beliau terus sukses dalam bidang internet ini. Untuk maklumat lanjut tentang beliau, boleh intai2 kat sini.

 

Apa yang istimewa Ammar Zahar ni ekk?? mesti ada sesuatu yang dirasakan istimewa sehingga beliau sanggup membuat contest untuk memperkenalkan diri beliau sendiri. Sebenarnya, aku pun tak kenal sangat Ammar Zahar ni dan mungkin Ammar Zahar juga tak mengenali aku. Cuma aku pernah terpandang namanya di laman forum JomBincang. Setelah aku ke blog beliau, barulah aku tahu yang “mamat” ni punyai kemahiran membina laman web dan juga grafik. Aku rasa kemahiran itulah yang beliau sandarkan pada blog beliau blog perniagaan internet.

(more…)

Popularity: 26% [?]

Published June 26th, 2008

Bidvertiser Alternatif Kepada Adsense

Pembaca yang dihormati,

Saya percaya ramai dikalangan korang yang sudah maklum akan program Google Adsense dan pasti ramai juga yang telah, sedang dan akan memperoleh pendapatan daripada program tersebut. Untuk post hari ini, saya ingin berkongsi dengan korang semua satu lagi program yang seakan dan mirip kepada program Google Adsense.

Pertamanya, program ini mungkin tidak begitu popular dikalangan blogger negara kita tetapi pada saya program ini lebih mesra publisher ataupun lebih “friendly” berbanding Google Adsense. Ini kerana program ini tidak menghadkan usd100 untuk minima payout tetapi hanya usd10 sudah memadai untuk kita membuat pembayaran keluar. Selain itu juga, program ini tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk diluluskan permohonan.

Beberapa keistimewaan yang ada pada program Bidvertiser ini ialah risiko kena “banned” yang agak kurang. Disamping itu, iklan Bidvertiser juga boleh diletakkan sekali dengan Adsense tetapi perlulah menampakkan kelainan dari segi warna tulisan antara kedua2 iklan tersebut.

Apa yang menarik lagi tentang program Bidvertiser ini ialah ‘refferal’ iaitu setiap orang yang mendaftar sebagai publisher di bawah anda maka anda akan dibayar sebanyak $10 jika sekiranya downline anda tersebut mencapai tahap minimun payout $10! dan jika downline korang mendapat $50 korang sebagai upline mendapat $40. Amacam!!!!! tertarik. Jom daftarkan sekarang !!!!

(more…)

Popularity: 24% [?]

Published June 10th, 2008

Pakej Lengkap Rahsia 10K Kini Terbongkar!

Pembaca yang dihormati,

Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda, rakan-rakan online anda dan pakar-pakar IM mengenai persoalan benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?

Pernahkah anda tertanya-tanya kepada mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan internet ini mengenai bagaimanakah cara yang mereka gunakan beserta tips untuk mendapatkan lebih RM10K sebulan untuk perniagaan mereka?

Pernahkah anda tercari-cari seseorang yang pakar dan berjaya yang boleh membantu anda sampai berjaya untuk mendapatkan RM10K sebulan melalui perniagaan internet?

Jika anda mempunyai persoalan seperti di atas, Tahniah diucapkan kerana anda telah berada di tempat yang betul untuk menjelaskan kekeliruan serta persoalan yang bermain di fikiran anda tersebut sejelas-jelasnya tanpa perlu berselindung!

Untuk persoalan “Benarkah anda boleh membuat RM10K sebulan secara online melalui perniagaan internet?” Percayalah bahawa ia sememangnya benar sebenar-benarnya bahawa anda boleh membuat RM10K sebulan secara online tanpa ragu-ragu. Tidak kiralah anda membuat perniagaan internet ataupun menjana wang melalui internet, untuk mendapatkan RM10K sebulan adalah tidak mustahil!

Ramai IM di luar negara mampu membuat lebih USD10K (Bukan RM10K) setiap bulan secara online, malahan ada juga IM dari Malaysia yang mampu membuat lebih RM10K setiap bulan walaupun mereka hanya belasan tahun. Bukankah ia tidak mustahil untuk anda menjadi seperti mereka juga?

Buktinya, Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz yang merupakan pengasas Team Flarebiz mendapat lebih RM10K untuk bulan Januari 2008 dengan perniagaan online beliau walaupun beliau pada ketika itu merupakan bekas pelajar SPM berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPM. Beliau hanya melakukannya hanya di rumah beliau di Kelantan.

(more…)

Popularity: 25% [?]

Published June 6th, 2008

Temubual Percuma yang Mendedahkan Rahsia 10k

Salam buat semua,

Jika semalam kerajaan pimpinan Pak Lah telah mengumumkan sesuatu yang mengundang kemarahan banyak pihak…. maka post saya pada hari ini pula akan mengumumkan sesuatu yang bakal mengundang kegembiraan banyak pihak. Tak percaya??? Teruskan pembacaan korang pada perenggan kedua untuk saya buktikan.

Saya mulakan cerita ini dengan satu pertanyaan. Korang kenal Labanon ?? Kalau belum mengenali bolehlah ke blog beliau dan kenali siapa beliau. Kata Labanon “Tak Kenal Tak Cinta…Dah Kenal Jom Bercinta…untuk si dara aja”

 

Untuk makluman korang, Labanon telah membuktikan kepada kita semua bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya. Beliau juga mengubah tanggapan kita bahawa buat duit secara online bukanlah palsu dan bukanlah hanya sekadar dapat RM200 sebulan sahaja. Ini kerana, beliau telah berjaya memperoleh pendapatan RM10k melalui TipAdsense.com walaupun belum memiliki segulung ijazah dan terus terang saya katakan pendapatan beliau itu juga melebihi pendapatan saya sekarang.

(more…)

Popularity: 30% [?]

Published February 19th, 2008

Ilmu Perniagaan Online Percuma

Pembaca yang budiman,

Kita alihkan buat seketika demam pilihanraya 2008. Kerana di sini, ingin saya sampaikan satu berita panas baik kepada anda semua. Harap korang semua dapat tenangkan minda semoga mulut korang berhenti membaca pada noktah terakhir post ini. Jadi, anda tidak perlu membetulkan kedudukan kerusi korang, atau mengelap2 skrin PC korang.

Pesanan penaja: Jika anda melayari internet atau berblog sekadar suka2, maka post ini bukannya untuk korang. Sila abaikan dan baca topik2 lain pada blog ini…gurau jer :)

Baiklah, apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah berkaitan dengan perniagaan online. Peluang untuk kita mencipta pendapatan internet melalui perniagaan online secara percuma. Bukan keahlian sahaja percuma, malahan setiap ahli berdaftar juga boleh memperoleh ilmu2 berkaitan perniagaan online secara percuma. Amat jarang sekali, satu program sebegini menawarkan ilmu2 percuma untuk keahliannya. Inilah yang dinamakan menghargai pelanggan.

Untuk makluman korang juga, ini bukanlah satu gurauan daripada saya tetapi korang hanya perlukan sedikit masa dan pelajari langkah demi langkah daripada tunjuk ajar itu. Nescafeaya, dengan kesungguhan dan komitmen yang akan korang berikan, saya yakin korang akan menjadi pakar dalam perniagaan online ini.

(more…)

Popularity: 50% [?]

A