Archive for the ‘Keagamaan’


Published September 6th, 2008

Bacaan Surah Al-Waqiah dan Kelebihan

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Pembaca yang dihormati dan Salam Ramadhan,

Hari keenam kita berpuasa. Sekadar nak kongsi satu bacaan Al-Quran Suratul Waqiah. Pada aku, alunan bacaannya sungguh merdu, terpesona dan terpegun bila mendengarnya juga menginsafkan. Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Close your eyes and listen this voice for your heart.

Bacaan Surah Al Waqiah itu disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah dan juga penyanyi nasyid.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

(more…)

Popularity: 27% [?]

Published July 25th, 2008

Suburkan Kasih Sayang

Pembaca yang dirahmati,

Antara perkara2 penting yang perlu kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini ialah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan perkara-perkara kebaikan. Bercerita tentang kasih sayang, sudah tentu ianya berhubung kait dengan fitrah hati. Kasih sayang ini umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila wujudnya kasih sayang, maka lahirlah perasaan kemesraan dan apabila wujudnya kemesraan maka terbitlah kesejahteraan dalam hidup.

Ke manakah hilangnya perasaan kasih sayang dalam masyarakat kita?? Seringkali dada2 akhbar di negara kita dihiasi dengan berita2 yang menggemparkan kita. Terbaru, kisah 2 orang adik beradik Muhamad Shafril Shamir, 4 tahun, dan Nor Ameelia Syafiqah, setahun, yang ditemui mati dipercayai diracun bapa mereka, Shaari Hamid, 34, sebelum menggantung dirinya, semalam. Apa sudah jadi???

(more…)

Popularity: 27% [?]

Published June 13th, 2008

Renungan “Jangan Naik Minyak”

Pembaca yang dihormati,

Tak nak fikir panjang untuk post hari ini, sekadar copy paste daripada email yang dihantar oleh sahabat online aku. Sebelum tu, aku baru jer selesai baca ebook Raja Bidvertiser dan insyaallah akan datang aku akan berkongsi sedikit tips untuk korang yang berminat dengan program pay per click ni.

Cerita yang aku akan copy paste ini hanyalah sekadar renungan buat kita bersama dikala kemurungan masih membelenggu pemikiran kita dengan isu kenaikan minyak di negara kita khususnya.

Jom..kita sama2 berkongsi tips & nasihat ke arah yg lebih positif. Kita cungkil apakah hikmah di sebalik musibah kenaikan harga minyak & barang2 lain…dlm keadaan sebegini sesiapa pun boleh naik minyak..DEMI CINTA kita pertahankan keutuhan keluarga kita….

 

1. Cinta Pada Allah
Perkukuhkan ikatan cinta kita pada Allah. Hanya padanya tempat bergantung & minta pertolongan. Mengadulah pada Allah segala masalah kita, kerana Allah Maha Mendengar. Perteguhkan solat lima waktu dan perbanyakkan solat sunat. Cuba luangkan masa dlm 5 minit utk solat dhuha setiap pagi sblm mulakan kerja.

Berdoalah dengan yakin..rezeki di tangan Allah. Mohon pada Allah dimurahkan rezeki, dicukupkan rezeki & sihat sejahtera agar dapat kita tunaikan segala amanah Allah dengan sempurna. Jangan lupa berdoa agar Allah membersihkan rezeki kita jika ada unsur haram di dalamnya..dengan ini kita akan reda dengan apa sahaja musibah yg melanda.

Berpuasa apabila mampu..latihkan diri bangun malam utk bertahajud & bersahur. Paling kurang berpuasa setiap Isnin Khamis. Bukan sahaja kita dpt berjimat malah dpt memperkukuhkan keimanan kita & menyuburkan hati..

(more…)

Popularity: 22% [?]

Published April 11th, 2008

Yakinlah Pada Kemenangan

Para tetamu yang dirahmati Allah selalu,

A

ku rasa kekok pulak nak memulakan post setelah blog ini bercuti baru2 ini. Blank seketika…tapi tajuk dah ada. Takper, aku teruskan sebab lama jugak blog ni takder post untuk setiap hari Jumaat. Baiklah, untuk hari ini aku nak berkongsi tentang perihal hidup berpasangan. Mungkin, sedikit sebanyak ada kena mengena ngan aku. Tapi tak banyaklah…. dalam 20% jer…hehehe

Kata orang2 tua, hidup berumah tangga ni ibarat sebuah ladang. Ladang untuk bercucuk tanam. Dah nak bercucuk tanam, so kenalah pastikan tanah tu sesuai ker tidak untuk jenis tanaman yang hendak kita tanam. Lagi satu kita kena juga “make sure” tanah tu sentiasa subur. Macamana caranya??? dah tentu taburkan baja selalu dan pastikan juga sistem pengairan baik dan cukup. Apabila dah complete perkara tadi atau dalam erti kata lain..apabila tanah tu dah cukup subur, barulah kita mulakan proses untuk bercucuk tanam.

Pada aku, kita perlu menerima pasangan kita seadanya dan perlulah menganggap sebagai permata yang sangat cantik…cewahhhh!!! bukan saja cantik tapi mempunyai nilaian yang sangat tinggi. Jadi, jika sepanjang hidup berumah tangga ada berlaku sedikit perselisihan yang mungkin disebabkan tidak ada kesesuaian, tidak memahami rasa hati isteri, atau mungkin kecantikan dah mulai pudar….maka tidak patut kita terus membenci dan membuang dirinya dari lubuk hati kita.

(more…)

Popularity: 34% [?]

Published January 25th, 2008

Selalu Ingat Balasan Allah-Part II

Pembaca yang dirahmati

Salam buat semua pembaca dan tetamu di sini. Semoga korang sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan harian, ditetapkan keimanan, dimurahkan rezeki dan juga ditambahkan pahala. Untuk post hari ini, aku akan sambung berkenaan post aku pada Jumaat yang lalu. Tentu sekali korang masih ingat lagikan.

Pada post Jumaat yang lalu, artikelnya berakhir pada barisan yang keenam. Jadi, hari ini korang dapat baca sambungan artikel tentang barisan2 yang dibangkitkan pada hari kemudian.

Kepada yang belum membaca part I untuk post ini, bolehlah membacanya terlebih dahulu untuk membolehkan korang mengetahui maklumat sepenuhnya berkenaan dengan apa yang aku sampaikan ini. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan hidup.

Barisan Pertama hingga keEnam.

Seterusnya ialah Barisan yang KeTujuh.

Golongan manusia yang tergolong dalam kategori ini, diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dan dari mulut mereka mengalir keluar darah dan nanah. “Mereka itu adalah irang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…” kat mahkamah kita pun banyak saksi yang tidak bercakap benar. Ekoran itu, Yang Bersalah Tidak dijatuhi Hukuman!!

Barisan KeLapan

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala di bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, tidak kira siapa status anda di atas dunia…model, artis, ahli politik, menteri atau orang biasa macam aku, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

(more…)

Popularity: 31% [?]

A