Archive for the ‘Pendidikan’


Published July 25th, 2008

Suburkan Kasih Sayang

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Pembaca yang dirahmati,

Antara perkara2 penting yang perlu kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini ialah saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan perkara-perkara kebaikan. Bercerita tentang kasih sayang, sudah tentu ianya berhubung kait dengan fitrah hati. Kasih sayang ini umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila wujudnya kasih sayang, maka lahirlah perasaan kemesraan dan apabila wujudnya kemesraan maka terbitlah kesejahteraan dalam hidup.

Ke manakah hilangnya perasaan kasih sayang dalam masyarakat kita?? Seringkali dada2 akhbar di negara kita dihiasi dengan berita2 yang menggemparkan kita. Terbaru, kisah 2 orang adik beradik Muhamad Shafril Shamir, 4 tahun, dan Nor Ameelia Syafiqah, setahun, yang ditemui mati dipercayai diracun bapa mereka, Shaari Hamid, 34, sebelum menggantung dirinya, semalam. Apa sudah jadi???

(more…)

Popularity: 27% [?]

Published December 7th, 2007

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Salam bahagia untuk anda semua

Ingat tak lagi tentang masyarakat Jahiliah yang korang belajar suatu ketika dahulu? Ingat!!…. dalam masyarakat Jahiliah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut. Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial.

Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup2 demi menjaga maruah keluarga.

………..tapi, zaman sekarang pun ada yang macam tu ekkkk

Bermakna, daripada segi minda pemikiran kita masih lagi sama macam zaman Jahiliah dahulu. Yang berbeza cuma pada rupa muka bumi itu sahaja. Banyak masjid besar yang cantik tapi kecil jemaahnya, banyak bangunan pencakar langit……pendek kata banyak yang indah pada zaman moden ini. “Itulah wajah dunia semakin tua semakin cantik”

Kalau dilihat pada zaman moden hari ini pula, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka.

Apakah kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? atau cabaran kepada ibu dan ayahnya?
(more…)

Popularity: 41% [?]

Published August 31st, 2007

Merdeka dan 10 Cara Indahkan Kehidupan

Salam Merdeka Salam Jumaat

Pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat hari Merdeka buat semua dan terutamanya buat negara Malaysia yang menyambut ulangtahun ke-50 pada hari ini. Semoga terus cemerlang,gemilang dan terbilang temberang.Untuk hari ini selain dari cerita kemerdekaan negara kita, saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana cara untuk mengindahkan kehidupan kita seharian?

10 Cara Indahkan Kehidupan

1.Lakukan pekerjaan yang disukai (kalau tak suka berblog jangan berblog nanti jadi goblog) Jika ada halangan dalam melaksanakannya, cubalah lakukannya pada waktu lapang ataupun pada saat kita dalam kesibukan.

2.Sentiasa menjaga kesihatan diri. Amalkan pemakanan seimbang, bersukan dan apa2 aktiviti yang boleh menyihatkan.

3.Harus ada matlamat dalam hidup. Matlamat hidup penting supaya kita sentiasa bersemangat demi mengejar apa yang diimpikan. Berblog tanpa matlamat ibarat kapal tanpa nakhoda..ceeewahh!!

4.Terima kehidupan dan liku2nya seadanya dan nikmati pahit manis kehidupan itu dengan hati terbuka dan penuh keredhaan.

5.Hadapi kehidupan hari ini dengan pasti, tidak menyesali segala apa yang telah berlaku pada hari semalam dan tidak gelisah menanti hari esok yang belum pasti.

(more…)

Popularity: 40% [?]

Published August 22nd, 2007

21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

Salam hormat dan Assalamualaikum

SSemua ibu bapa di dunia ini mempunyai satu impian yang sama iaitu ingin melihat anak-anak kita menjadi orang yang berjaya dan cemerlang. Anak-anak adalah zuriat dan cahaya mata yang akan mewarisi kehidupan ibu bapa di dunia ini apabila kita kembali menemui pangillan Illahi..

Anak akan mewarisi diri kita, harta, maruah serta nama kita. Anak yang berjaya dan cemerlang mempunyai kemungkinan yang besar untuk berjaya memikul tanggungjawab sebagai pewaris ini. Tetapi anak yang gagal di dalam hidupnya, jangankan mewarisi diri dan harta ibu bapanya, untuk mengendalikan dirinya sendiri pun mungkin tidak termampu.

Sebab itu ibu bapa memberikan segenap perhatian untuk melahirkan anak-anak yang berjaya dan cemerlang. Justeru ramai ibu bapa sentiasa tercari-cari kaedah dan teknik bagi melahirkan anak-anak yang hebat ini.

Buku 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, insyaAllah akan dapat memberikan aspirasi dan inspirasi dalam memimpin kita ke arah halatuju terbaik dalam mendidik anak-anak.

Testimoni Pembeli :

…. saya dah beli buku 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang ..hmm mmg bagus sebagai panduan utk mendidik anak2..lebih2 lagi zaman sekarang ni anak2 kita ni terdedah dgn mcm2 cabaran dan dugaan ~Puan Rozita, Cheras Kuala Lumpur~

Dapatkan senaskah sebagai pedoman diri sendiri… dan dapatkan juga senaskah lagi bagi dikongsikan dan kaum keluarga atau sahabat handai. Sesungguhnya ilmu yang bermanafaat itu akan lebih subur dan berfaedah bila ianya dapat dipelajari, dipraktik dan kemudian disampaikan.

Mudah-mudahan kita akan dapat sama-sama melahirkan zuriat yang cemerlang untuk Agama, Keluarga,Bangsa dan Negara.

Antara topik menarik di dalam:

* Ibu Bapa Sebagai Teladan
* Menjana Keyakinan Diri Anak-Anak
* Kenal Pasti Kecenderungan dan Bakat Anak-Anak
* Doa Yang Berterusan

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang harga dan klik di sini untuk pembelian.

Terima Kasih dan Salam Hormat

Afzai Afandi

Popularity: 45% [?]

Published August 14th, 2007

Mencari Sinar Siti Khadijah

Minggu ini, tak berkesempatan untuk menulis tentang topik perniagaan internet . Sibuk dengan urusan dunia :) . Semalam, aku ada bincang satu projek ngan bakal pelanggan aku.Projek berkaitan landskap atau seni taman. kalau projek tu jadi, nanti aku publishkan kat sini.

Apa yang aku paparkan ini sedikit sebanyak aku adaptasi daripada Mingguan Wanita yang secara tidak sengaja aku terbaca. Namun pada aku majalah ini bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita malah ianya juga elok dibaca oleh kaum bapa. Entry kali ini ada kaitan dengan wanita.Wanita yang sememangnya dari awal kewujudan oleh Allah ke muka bumi ini tak lain tak bukan, sebagai peneman seorang lelaki yang bernama Adam.

Kerana itu, lelaki biasanya sukar menjalani penghidupan tanpa wanita di sisi. Rasulullah sendiri berasa sangat tenteram jiwa tatkala berada dekat dengan isterinya Siti Khadijah dan sememangnya Siti Khadijah ialah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah.

Persoalan untuk wanita

Mampukah anda menjadi Siti Nxxxxxxx Siti Khadijah di sisi suami anda?

Mungkin sukar untuk kita lakukan apatah lagi pada zaman sekarang, zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun begitu, seandainya tidak mampu menjadi sebaik Siti Khadijah, sekadar menjadi bayang-bayang Siti Khadijah sudah cukup untuk kita.

Menjadi seorang isteri yang taat, menyenangkan hati suami dan membantu jiwa suami agar tenang ketika dalam kesusahan adalah impian setiap wanita. Sehingga kini rasanya masih ramai isteri yang mempunyai ciri-ciri ini termasuklah isteri saya…(bukan pujian biasa, pujian bermakna ni) Namun begitu, tidak dinafikan ada isteri di luar sana yang punyai ciri2 harimau bintang ketika berada di rumah. Apapun faktor si isteri menjadi harimau bintang ketika di rumah juga perlu dikaji, perlu dicari puncanya. Walaupun ada yang sememangnya semula jadi garang tetapi ramai yang berubah karakter kerana sikap suami itu sendiri. Faktor kurang memberi perhatian, kurang berwibawa, kurang prihatin pada perasaan isteri sehinggakan isteri terasa terabai dan akhirnya menjadi cepat melenting.

Jadi pamerlah kasih sayang dan ketaatan secara dua hala agar rumah tangga senantiasa bahagia..

Ingatlah, kerana wanita seorang lelaki berjaya dan kerana wanita jualah seorang lelaki tersungkur.

Isteri memang wajib mentaati dan setia kepada suami tetapi suami pula haruslah membalas kesetiaan itu dan berikan kasih sayang serta tidak berhajat mencari mencari yang lain tanpa ada sebab yang munasabah. InsyaALLAH, jika ada persefahaman, pelbagai halangan dan dugaan pasti dapat kita atasi….Amin.

Salam hormat,

Afzai Afandi

Popularity: 46% [?]

A