Archive for the ‘Percuma’


Published July 15th, 2008

2000 Graphics Pack untuk Komentator

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Pembaca yang dihormati,

Bersempena dengan bulan Julai ini yang merupakan bulan sambutan setahun kelahiran blog aku ini,ada sesuatu yang menarik ingin aku berikan buat komentator di blog aku ini. Mungkin korang nak tahu bagaimanakah caranya. Paling mudah dan simple ajer… komentator yang menduduki 10 ranking terbaik akan aku hadiahkan 2000 Graphics Pack.

Apa faedah Graphics Pack tersebut…??

Jika korang peminat graphics, inilah peluang korang menambahkan koleksi graphic. Sebenarnya graphic ini penting untuk sesebuah laman web terutamanya untuk laman web jualan. jika korang bercita-cita memulakan perniagaan internet dan bercadang untuk membina mini site seperti ini, atau seperti ini maka graphic memainkan peranan untuk menarik jualan selain dari ayat2 membunuh korang.

Kat bawah ni aku tunjukkan beberapa contoh graphic yang bakal korang dapat.

 

Antara kandungan fail yang terdapat dalam pack tersebut adalah seperti berikut:

(more…)

Popularity: 25% [?]

Published July 9th, 2008

Ammar Zahar dan Rahsia Squeeze Page

Tetamu budiman,

Post untuk hari ini adalah post yang aku tulis pada 6 Julai…tetapi dek kerana hilang daripada database, aku terpaksa gagahi semula otak aku untuk menaip post ini. Mengapa aku sanggup berbuat sedemikian?? Jawapannya kerana post ini adalah post untuk satu pertandingan yang telah dianjurkan oleh saudara Ammar Zahar sebagai mempromosikan diri belaiu sendiri dan secara tak langsung mempromosikan blog dan juga servis beliau.

Kalau korang masih ingat, post itu sempat dikomen oleh saudara Titan atau lebih dikenali sebagai pakar edisi siasat buatan Banting. Jangan marah ekk,nanti aku belanja cupcakes kat ngko :)

Siapa Ammar Zahar?? Adakah beliau kenalan kepada remaja popular Malaysia masa kini iaitu Si Saiful Bukhari...oh,tidak!! Apakah beliau ada kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian Balasubramaniam…. Oh, juga tidak !!! Untuk pengetahuan korang, Ammar Zahar bukanlah nama sebenar beliau sebagaimana aku juga. Nama tersebut hanyalah sekadar nama pena beliau. Berasal dari Johor dan sekarang menetap di Negeri Sembilan. Walaupun masih lagi memegang status Siswa, itu semua bukanlah halangan untuk beliau terus sukses dalam bidang internet ini. Untuk maklumat lanjut tentang beliau, boleh intai2 kat sini.

 

Apa yang istimewa Ammar Zahar ni ekk?? mesti ada sesuatu yang dirasakan istimewa sehingga beliau sanggup membuat contest untuk memperkenalkan diri beliau sendiri. Sebenarnya, aku pun tak kenal sangat Ammar Zahar ni dan mungkin Ammar Zahar juga tak mengenali aku. Cuma aku pernah terpandang namanya di laman forum JomBincang. Setelah aku ke blog beliau, barulah aku tahu yang “mamat” ni punyai kemahiran membina laman web dan juga grafik. Aku rasa kemahiran itulah yang beliau sandarkan pada blog beliau blog perniagaan internet.

(more…)

Popularity: 26% [?]

Published June 6th, 2008

Temubual Percuma yang Mendedahkan Rahsia 10k

Salam buat semua,

Jika semalam kerajaan pimpinan Pak Lah telah mengumumkan sesuatu yang mengundang kemarahan banyak pihak…. maka post saya pada hari ini pula akan mengumumkan sesuatu yang bakal mengundang kegembiraan banyak pihak. Tak percaya??? Teruskan pembacaan korang pada perenggan kedua untuk saya buktikan.

Saya mulakan cerita ini dengan satu pertanyaan. Korang kenal Labanon ?? Kalau belum mengenali bolehlah ke blog beliau dan kenali siapa beliau. Kata Labanon “Tak Kenal Tak Cinta…Dah Kenal Jom Bercinta…untuk si dara aja”

 

Untuk makluman korang, Labanon telah membuktikan kepada kita semua bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya. Beliau juga mengubah tanggapan kita bahawa buat duit secara online bukanlah palsu dan bukanlah hanya sekadar dapat RM200 sebulan sahaja. Ini kerana, beliau telah berjaya memperoleh pendapatan RM10k melalui TipAdsense.com walaupun belum memiliki segulung ijazah dan terus terang saya katakan pendapatan beliau itu juga melebihi pendapatan saya sekarang.

(more…)

Popularity: 30% [?]

Published May 14th, 2008

Program PPL Pertama di Malaysia

Pembaca yang dihormati,

Sebelum saya teruskan berita gembira ini, ada baiknya saya terangkan secara ringkas tentang apa itu pay per lead (PPL). PPL merupakan satu program di mana tuan punya program ini akan menyebarkan laporan secara percuma samada dalam bentuk ebook, video atau sebagainya dan setiap ahli yang mengikuti program itu akan dibayar jika berjaya menaja ahli baru.

Program ini sememangnya mudah kerana penyertaannya percuma dan kita juga ditawarkan produk percuma. Cuma tugas kita hanyalah mempromosikan seberapa banyak link affiliate kita agar lebih ramai lagi yang menyertainya.

Sebagai contoh, jika 1 download produk percuma ditawarkan dengan 0.50 usd dan kita berjaya menaja keahlian lain sebanyak 50 orang, maka sudah tentu kita bakal menerima pembayaran sebanyak 25 usd. Lebih banyak korang promosi adalah lebih tinggi kebarangkalian korang untuk memperoleh lebih besar jumlah wang ringgit itu nanti.

Untuk hari ini, dengan rasa teruja saya maklumkan buat pertama kali dalam sejarah Perniagaan Internet di Malaysia, satu program yang memberikan wang percuma kepada sesiapa yang mendownload laporan yang ditawarkan!

Program “Pay Per Lead” yang sebelum ini rata-rata dikuasai dari luar negara….. sekarang diperkenalkan oleh salah seorang dari IM yang tidak asing lagi iaitu Mawardee.

Beliau akan membayar sebanyak RM0.25 bagi setiap laporan yang didownload dari link korang. Apa yang perlu korang lakukan….. korang hanya perlu mendaftarkan diri di http://jvgiveaway.afzaiafandi.com

(more…)

Popularity: 25% [?]

Published May 8th, 2008

Daftar Percuma Rebut RM50,000

Tetamu yang budiman,

Pasti korang masih ingat lagi tentang permainan online dari CIMB suatu ketika dulu. Untuk hari ini, aku akan berkongsi maklumat dengan korang tentang satu lagi permainan online yang menguji minda dan menawarkan hadiah yang lumayan. Penyertaan adalah percuma dan kita tidak perlu membayar malah tidak perlu mempunyai akaun dengan company tersebut.

Buat julung kalinya syarikat AXA Affin Life insurance menawarkan permainan online ala2 monopoli. Penyertaan ini telah dibuka sehingga 30 Jun. Seramai 12 pemenang akan dipilih berdasarkan point terkumpul tertinggi. Permainan yang diperkenalkan oleh syarikat insurans ini diberi nama Turning Point.

Aku sendiri telah mencuba permainan ini dan jika dibuat perbandingan dengan permainan CIMBĀ  suatu ketika dahulu, rasanya cara permainannya adalah lebih kurang sama, di mana kita perlu mengklik buah dadu berbentuk piramid dan pergerakan berdasrkan berapa mata yang kita peroleh. Cuma yang membezakannya, hadiah utama permainan ini terbuka kepada umum tanpa perlu ada polisi insuran dengan syarikat AXA ini, berbanding permainan CIMB yang lebih mengutamakan pemegang akaunnya.

 

(more…)

Popularity: 27% [?]

A