Archive for the ‘Peribadi’


Published September 23rd, 2008

Update Terpantas 09

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Pembaca yang budiman,

Minggu2 terakhir sebelum kita bercuti berhari raya. Mungkin ramai yang dah pergi kepada mood raya dan kurang konsentrasi pada pekerjaan semasa. Kakitangan kerajaan pastinya gembira kerana  hari ini merupakan tarikh pembayaran bonus yang pertama.

Aku pun sama… terasa malas untuk membuat kerja pada minggu ini.  Komitmen tinggi diperlukan untuk minggu ini. Perlu menyiapkan tugasan personal dan juga tugasan negara…chewahhh!!! tugasan negara tu…

(more…)

Popularity: 12% [?]

Published September 19th, 2008

Anugerah Blog Paling Best

Pembaca yang sentiasa dirahmati,

Tak tahu pulak sekarang ada demam tag anugerahlah pulak. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih buat blogger kedua yang ditangkap menghantar kad raya kepada aku iaitu Zool LigaKampung. Insyaallah, aku akan balas kad2 raya kiriman korang dalam minggu ini.

Berkenaan dengan anugerah blog paling best……. anugerah itu bukannya daripada Jabatan Blog Malaysia cuma penganugerahan daripada rakan blogger kita si afham yang memanjangkan anugerah itu kepada aku. So..terima kasih kerana sudi menganugerahkan “Blog Paling Best” kepada afzaiafandi dot com

Mengikut tag tersebut, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjayakannya:

(more…)

Popularity: 16% [?]

Published September 18th, 2008

Blogger Kedua di Tangkap

Pembaca yang budiman,

Pagi tadi ketika aku memandu untuk menghantar anak2 aku ke sekolah terdengar pula berita mengatakan bahawa penulis blog Syed Azidi Syed Aziz telah ditangkap polis. Mendengar namanya terus aku teringat akan blognya yang suatu ketika dulu menggemparkan bumi Malaysia ini apabila beliau membuat penyataan supaya memasang atau mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Semalam, Syed Azidi Syed Abdul Aziz telah ditahan mengikut Akta Hasutan kerana disyaki menghasut orang ramai supaya menterbalikkan kibaran Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Sheih, menerusi blognya, Kickdefella ditahan sepasukan anggota polis dari Bukit Aman di rumah sewanya di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau ditahan kira-kira pada pukul 5 petang. Ketika ditahan, beliau berada bersama isteri dan anaknya…..kesian ooooooo, dahlah bulan puasa dan tak lama lagi raya!!

Untuk berita lanjut tentang penangkapan beliau, korang boleh ke sini, juga ke sini atau ke sini.

Salam hormat,

 

 

Popularity: 17% [?]

Published September 5th, 2008

Update Terpantas

Salam ramadhan buat semua,

J
umaat hingga Isnin lepas aku mengambil kesempatan pulang bercuti di kampungku Dungun. Selama percutian itu juga aku tak melayari internet. Pagi Selasa aku cuba bukak blog aku, ada problem rupanya blog aku. So, aku cuba bukak WP-admin dengan harapan nak tengok mana yang error. Malangnya, WP-admin pun tak leh nak bukak.

Menyedari akan problem pada blog aku, terus aku menghubungi pihak penyedia hosting blog aku.Aku pun malas nak ulas lanjut tentang support daripada pihak penyedia hosting blog aku. Yang penting, blog aku dah selamat kembali seperti asal. Itu pun dah seribu rahmat untuk aku kerana 3 hari dah terbantut aku nak membuat entry kat blog aku ni. Thanks a lot

untuk entry ini aku nak ceritakan 2 program yang boleh korang buat duit. Program pertama yang aku maksudkan ialah Freebies4Webmasters. Kalau korang masih ingat, bulan lepas aku ada bercerita tentang program ini dan aku juga ada memaklumkan yang aku akan maklumkan tentang status pembayaran program ini.

Sebagaimana yang dijanjikan melalui emailnya kepada aku……Alhamdulillah, pada hari ketiga puasa aku menerima pembayaran daripada pihak freebies4webmaster. Walaupun dalam pound sterling tak berapa banyak, tapi kalau diconvert ke Ringgit Malaysia, duit tu kira dah lepaslah untuk baju kurung dan baju melayu anak2 aku.

korang boleh ke entry terdahulu aku untuk baca makluman lanjut tentang program ni. atau kalau nak terus register boleh klik kat sini.

(more…)

Popularity: 23% [?]

Published August 27th, 2008

Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Bendera Terbalik

Pembaca yang dirahmati,

S

ememangnya Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR. kemenangan besar Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan segalanya. Penasihat PKR itu mendapat sebanyak 31,195 undi berbanding lawannya Datuk Arif Shah yang hanya mampu memperoleh sebanyak 15,524 undi. Nasib malang pula menimpa calon AKIM Hanafi Hamat apabila hanya berjaya menambat hati 92 pengundi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Nampaknya isu2 liwat anwar, sumpah saiful dan penurunan harga minyak tidak mampu mengubah pendirian minda masyarakat Permatang Pauh yang mungkin sudah selesa di bawah pemerintahan PKR selama ini. Bukan itu sahaja, Parti Kerajaan juga merosot sebanyak 1000 undi berbanding keputusan pilihanraya umum yang lalu.

Anwar Ibrahim Blog

Mungkin jika rakyat Permatang Pauh menikmati penurunan harga minyak beberapa bulan yang lalu dan bukannya beberapa hari, akan mampu mengubah sedikit jumlah undi. Apapun keputusan tidak mampu diubah lagi dan minggu hadapan rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan DSAI berucap di Parlimen. Keputusan yang sememangnya sudah dijangka oleh semua rakyat malaysia telah terjawab dan sama2 kita nantikan apakah janji2 juga akan dikota.

(more…)

Popularity: 24% [?]

A