Archive for the ‘Perkongsian Maklumat’


Published September 11th, 2008

Cuil Pencabar Google

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

tetamu yang dihormati,

Cuil merupakan enjin pencari yang baru dan kalau tak silap aku ianya dilancarkan pada bulan Julai baru-baru ini. Cuil sebagai enjin pencari terbaru dunia, enjin pencarian terbesar dan lebih laju. Pada majlis pelancaran, Cuil mendakwa dapat mencari 120 bilion helai halaman atau tiga kali isipadu Google Index..

Cuil telah ditubuhkan oleh pasangan suami isteri  Profesor Stanford Tom Costello dan bekas arkitek Google . Pada asalnya nama Cuill bermaksud tenang tetapi dikomersialkan  kepada Cuil.

 Apa yang menarik pada enjin pencari Cuil ni adalah apabila kita membuat carian paparan carian dipaparkan dengan lebih berstyle berbanding enjin2 pencari yang lain. Ianya diapaparkan dalam 3 column disamping ada yang berimej. Selain itu kita juga boleh memilih untuk paparan 2 column.

 

(more…)

Popularity: 20% [?]

Published September 9th, 2008

Seronok dan Bahagia

Pembaca yang dihormati,

Tajuk entri aku ni sebenarnya tidak mewakili perasaan aku sewaktu aku menulis entri ini. Cuma aku tertarik dengan satu perkongsian ilmu yang telah aku peroleh melalui buku cerita2 motivasi. Jadi, aku pun terasa nak berkongsi hal ini dengan rakan2 blogger dan juga tetamu blog ini.

” If you want enjoy and be happy for a day, organize a party…., If you want enjoy and be happy for a week, go for a vacation….., If you want enjoy and be happy for a year, grow a garden….., If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop human beings

Kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kita, bunyinya lebih kurang cam gini…………

“Kalau korang hendak seronok dan bahagia  untuk sehari, adakan parti……., kalau korang hendak seronok dan bahagia untuk seminggu, pergilah bercuti……., kalau korang hendak seronok dan bahagia untuk setahun, berkebunlah…….., kalau korang hendak seronok dan bahagia sepanjang hayat…….., majukan manusia.

Persoalannya di sini, apakah yang kita lakukan sekarang ini mampu untuk menjadikan kita seronok dan bahagia sepanjang hayat???

Salam hormat

 

 

Popularity: 20% [?]

Published September 6th, 2008

Bacaan Surah Al-Waqiah dan Kelebihan

Pembaca yang dihormati dan Salam Ramadhan,

Hari keenam kita berpuasa. Sekadar nak kongsi satu bacaan Al-Quran Suratul Waqiah. Pada aku, alunan bacaannya sungguh merdu, terpesona dan terpegun bila mendengarnya juga menginsafkan. Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Close your eyes and listen this voice for your heart.

Bacaan Surah Al Waqiah itu disampaikan oleh Mishary Rashid Al Afasy yang merupakan Imam Masjid Nabawi Madinah dan juga penyanyi nasyid.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

(more…)

Popularity: 27% [?]

Published August 6th, 2008

Duit Mudah Dengan Pengiklanan Freebies4Webmasters

Rakan-rakan pembaca yang dihormati,

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan korang semua. Maklumat ini saya peroleh daripada sebuah blog Inggeris detect money dot com. Apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah berkenaan sebuah program pengiklanan iaitu Freebies4Webmasters. Prtogram pengiklanan ini telah bertapak sejak 2006 di United Kingdom.

Seperti mana program pengiklanan yang lain, Freebies4Webmasters menawarkan wang kepada setiap publisher yang telah diluluskan permohonannya. Lazimnya kebanyakan program pengiklanan yang lain membayar publisher apabila ada klik daripada iklan yang dipaparkan. Berlainan dengan Freebies4Webmaster, program ini membayar publisher dengan hanya meletakkan banner advertiser pada blog yang telah didaftarkan.

Apa Keistimewaan Program ini??

Program ini menawarkan 10 pound sterling kepada publisher yang telah diluluskan permohonan dan 5 pound sterling secara bulanan kepada publisher yang masih mengekalkan iklan2 tersebut. Bonus sebanyak 5 pound sterling diberikan apabila kita masih mengekalkan iklan2 tersebut selepas 72 jam dari tempoh permohonan kita dululuskan.

(more…)

Popularity: 33% [?]

Published July 29th, 2008

Tips 2- Tingkatkan Trafik ke Blog

Salam mesra buat semua ,

Dua hari aku tak dapat online coz ada problem dengan line. Post utk hari, aku updatekan dari pejabat aku. Sebelum ni, korang dah baca Tips 1 untuk tingkatkan trafik ke blog dan hari ini aku tulis pula tentang Tips 2 untuk tingkatkan trafik ke blog.

Sambungan daripada Tips 1… kepada yang masih baru dengan blog ini, setiap tips akan saya sertakan dengan 3 langkah.

Cara keempat

Menawarkan perkhidmatan membuat post pada blog2 lain berdasarkan niche korang. Secara tidak langsung, peminat blog tersebut pasti akan ke blog kita jika dia membaca artikel yang kita tulis pada blog tersebut. Walaubagaimanapun, saya sendiri belum mempraktikkan cara atau kaedah ini. Di negara kita, mungkin belum ramai lagi blogger yang berbuat sedemikian..dan jika ad, hanyalh di kalangan otai2 IM.

(more…)

Popularity: 29% [?]

A