Archive for the ‘Semasa’


Published September 23rd, 2008

Update Terpantas 09

Nak Setiap Post Terus ke Peti Email Anda ??
Masukkan alamat email anda :

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Qatar Cheap Flights to Johannesburg
Sardinia Flights Flights to Malaga

Pembaca yang budiman,

Minggu2 terakhir sebelum kita bercuti berhari raya. Mungkin ramai yang dah pergi kepada mood raya dan kurang konsentrasi pada pekerjaan semasa. Kakitangan kerajaan pastinya gembira kerana  hari ini merupakan tarikh pembayaran bonus yang pertama.

Aku pun sama… terasa malas untuk membuat kerja pada minggu ini.  Komitmen tinggi diperlukan untuk minggu ini. Perlu menyiapkan tugasan personal dan juga tugasan negara…chewahhh!!! tugasan negara tu…

(more…)

Popularity: 12% [?]

Published September 18th, 2008

Blogger Kedua di Tangkap

Pembaca yang budiman,

Pagi tadi ketika aku memandu untuk menghantar anak2 aku ke sekolah terdengar pula berita mengatakan bahawa penulis blog Syed Azidi Syed Aziz telah ditangkap polis. Mendengar namanya terus aku teringat akan blognya yang suatu ketika dulu menggemparkan bumi Malaysia ini apabila beliau membuat penyataan supaya memasang atau mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Semalam, Syed Azidi Syed Abdul Aziz telah ditahan mengikut Akta Hasutan kerana disyaki menghasut orang ramai supaya menterbalikkan kibaran Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Sheih, menerusi blognya, Kickdefella ditahan sepasukan anggota polis dari Bukit Aman di rumah sewanya di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau ditahan kira-kira pada pukul 5 petang. Ketika ditahan, beliau berada bersama isteri dan anaknya…..kesian ooooooo, dahlah bulan puasa dan tak lama lagi raya!!

Untuk berita lanjut tentang penangkapan beliau, korang boleh ke sini, juga ke sini atau ke sini.

Salam hormat,

 

 

Popularity: 17% [?]

Published September 18th, 2008

Budaya Hutang, Asal Tidak Sampai Kedana

Pembaca yang dihormati,

Zaman sekarang sememangnya amat mudah untuk kita mendapatkan sesuatu barang. Apa jua cara sekalipun, samada dengan cara “tunai” mahupun dengan cara “berhutang” ambil dulu bayar kemudian. Begitulah senario yang kerap berlaku dewasa ini. Aku sendiri pun tidak terlepas dengan senario ini. Tak kiralah di mana korang berada, bukan sahaja di kota2 besar hatta di pekan atau kampung2 kecil sekalipun semuanya sama.

Kata pepatah “Biar Papa Asal Bergaya” kalau tak cukup duit hutang pun tak mengapa. Bersesuaian dengan sekarang di mana tak lama lagi kita akan menyambut Hari raya Aidil fitri….. banyak kedai, syarikat hatta orang perseorangan berlumba2 menarik pelanggan dengan menawarkan “hutang” kepada para pelanggannya.

Pakistan jual carpet pun mengamalkan kaedah ini untuk menarik bakal pembelinya.

Boleh dikatakan wabak ini melanda tak kira usia, jantina mahupun bangsa. Seringkali wanita dikaitkan dengan wabak ini. Hutang barang2 kemas untuk kelihatan bergaya ketika beraya di rumah sedara mara.

(more…)

Popularity: 15% [?]

Published September 15th, 2008

Kad Raya, e-Card dan SMS

Pembaca yang dihormati,

Pertamanya aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan online aku Saudara NoorizamShah yang sudi menghantar kad raya kepada aku. Sangat2 terkejut dan terharu…hehheeh. Walaupun trend sekarang kad raya tidak begitu popular, namun begitu, kehadirannya cukup bermakna berbanding kita menerima ucapan daripada SMS ataupun e-kad.

Apa kata kita sama2 bincangkan topik ini. Mungkin ada perbezaan pendapat antara aku dengan korang.

(more…)

Popularity: 36% [?]

Published September 11th, 2008

Cuil Pencabar Google

tetamu yang dihormati,

Cuil merupakan enjin pencari yang baru dan kalau tak silap aku ianya dilancarkan pada bulan Julai baru-baru ini. Cuil sebagai enjin pencari terbaru dunia, enjin pencarian terbesar dan lebih laju. Pada majlis pelancaran, Cuil mendakwa dapat mencari 120 bilion helai halaman atau tiga kali isipadu Google Index..

Cuil telah ditubuhkan oleh pasangan suami isteri  Profesor Stanford Tom Costello dan bekas arkitek Google . Pada asalnya nama Cuill bermaksud tenang tetapi dikomersialkan  kepada Cuil.

 Apa yang menarik pada enjin pencari Cuil ni adalah apabila kita membuat carian paparan carian dipaparkan dengan lebih berstyle berbanding enjin2 pencari yang lain. Ianya diapaparkan dalam 3 column disamping ada yang berimej. Selain itu kita juga boleh memilih untuk paparan 2 column.

 

(more…)

Popularity: 20% [?]

A